Tuesday 9 February 2016

Benarkah anda menyesal kerana tidak menjaga kedua orang tua anda?

Cerita ini hanyalah luahan perasaan salah seorang sahabatku. Dan mungkin akan berlaku padaku jua. Nauzubillahiminzalikh.. Tujuanku bknhndak mengaibkan beliau, tetapi mngkin boleh jadi pengajaran bagi yang belum mengalaminya.

Sahabatku kehilangan bapanya ketika dalam 20an kerana sakit tua. Sakitnya tidaklah melarat, cuma pada ketika tersebut bapanya sudah tidak boleh berjalan lagi. Seusai makan malam malam, bapanya bersandar di katil, dan secara tiba2 badannya jatuh merungkup. Ibunya lantas memanggil sahabatku utk mengangkat bapanya. Dengan kudrat yang kecil, memandangkan sahabatku beratnya pun hanya mencecah 40kg, agak sukar baginya mengangkat tubuh bapanya. Ialah badan orang sakit memang agak berat. Pada ketika itu, hanya dia dan ibunya di rumah. 

Bapanya tiba2 nazak. Segera ambulans dipanggil, namun takdir Allah takkan lewat walau sesaat. Bapanya menghembuskan nafas terakhir dirumahnya. Sahabatku juga menelefon adik beradiknya utk memberitakan hal kematian bapanya. Dan apa yg dia peroleh hanyalah, kemarahan mereka. Mereka memarahi kerana tidak beritahu awal2 yg bapa mereka sakit. Sahabatku agak terkilan, bapanya memang sakit tua sudah agak lama. tapi sakit nazaknya hanya tiba2. Kenapa selama ini adik beradiknya tidak pernah menghubungi atau menjenguk bapanya? Bukankah kewajipan anak mengambil berat kedua ibu bapanya? Adakah org tua yg perlu menghubungi anak2? Sepanjang majlis, sahabatku hanya duduk trmenung menghadap jenazah bapanya. Tiada sepatah kata yang keluar. Mungkin sedih dengan pemergian tiba2, mungkin sedih dimarahi tanpa sebab. Adakh mereka betul2 memarahinya atau pura2 memarahi sekadar menunjukkan mereka prihatin?


Masa terus berjalan. Sekarang ibu sahabatku mengalami sakit tua. Kencing tidak teratur. Hampir setiap hari, lantai perlu dibersihkan. Malamnya kadang tak tidur lena. Pemikiran ibunya sudah merosot. Sudah tidak mengenali orang sekeliling. Kadang2 sihat, kadang2 nak bangun pun xlarat. kerap jatuh. Makan pun kadang lalu, kadang x.Rumah pun sudah xingat.

Pada hari biasa, abgnya membawa ibunya utk tinggal dirumahnya. Nasib baik ada menantu dan cucu yg sudi menjaga neneknya. aku mengenali anak saudara sahabatku itu, walaupun tidaklah rajin mana mengurus rumah, tapi mereka xkisah untuk membasuh kencing nenek mereka. Mereka xkisah melayan kerenah keanak2 an nenek mereka. Alhamdulillah, menantunya pun penyabar. Walaupun berkerjaya, dia xkisah menjaga mertuanya yang sakit. Waktu kerja cucunya menjaganya kerana cucunya mengambil course luar kampus,jadi setelah ibu mereka balik, ibu mereka mengambil alih tugas mereka. Sedap hati aku mendengar. Pada hari minggu, tugas menjaga diambil alih oleh sahabatku. Ibunya dihantar kembali ke rumahnya. Walaupun demikian, sahabatku agak rungsing, yelah memang abgnya bertegas untuk menjaga ibu, tp smpai bila? lagipun yg mnguruskan ibunya bukan dia, istri dan anak2.hmmm

Sahabatku punya ramai adik beradik, tp hnya mereka berdua yng beria2 menjaga. yg lain buat xtahu sahaja. Adik perempuannya bagi alasan yng mrtuanya xsuka besannya tggal di rumah anaknya. Jika besannya ada, mertua adiknya xkan pergi kerumahnya. Mungkin jijik. Aku sekadar bagi cdgan, apa salahnya, jika sebulan sekali paling kurang, mailah tidur di rumah ibu, jaga ibu. Basuh najis ibu. Datang jenguk sahaja sekerap mana pun sama macam datang melawat. Kawanku ckp ntahlah. Bagi aku itu sekdar alsan anknya shj. Bagi lah peluang pada kakaknya berehat.Bagilah peluang ibunya merasa sentuhan lembut tngan anknya seorng lagi.

Waktu cuti tiba, sprti biasa, adik beradik saudara mara dtg, tp skdar sbgi tetamu bkn utk meringan beban. Masing2 menolak tggungjwb. Jadi adakah kemarahan mereka sblm ini kerana tidak mengkhabarkan kesakitan bapa mereka adalah benar atau lakonan semata2? Tepuk dada, tnya diri anda.. 

Sekadar brkongsi cerita...