Friday 24 June 2016

Set Lengkap Popia Nestum

Set Lengkap Popia Nestum Milo
Set Lengkap Popia Nestum Horlicks

Hanya tabur dan gaulkan pada popia yang telah siap dimasak. Sedap, mudah, murah dan halal
Rm9/pc
Boleh hasilkan 4 botol kecil popia nestum

Hotline : 0189075457
Ig: annanew0307
Fb: Ee Za Homemade

Tuesday 14 June 2016

Cup cake Chocolate

Suka cupcake? tapi xsuka topping2? topping ni menyemak je? merosakkan rasa keaslian kek?

no problem, ada jugakkkkk
mai2.. 

Cupcake chocolate

RM28/30 biji

nk tester?
jgn malu jgn segan
mai lepak dgn Ee Za Budget Home Baked Cupcakes
dekat je
cpt2 whatapps
dah cuba mesti nk lagi
as usual anything plz contact me at 0189075457
as a buyer?agent?Pengedar? Vendor? No problem.. mai2
mai try sblm beli
dh try tp xnk beli? xde masalah
adat berniaga
xde paksaan dalam mmbeli
kalau order lbh 50 biji ada free gift
gmbo free gift ada dlm album
sila ronda2 dlm page Ee Za Budget Home Baked Cupcakes


Hotline: 0189075457



Set Lengkap Tepung

Anda dah cuba?
Belum cuba?
Rasa nk buat sendiri tapi leceh sbb kna beli bnyak barang?

Mai2 try set lengkap tepung kek
harga trsangat murah berbanding market
disertakan dengan resepi,
cubalah

mai2
set lengkap kek coklat extra lembap
Set Lengkap Kek Coklat Extra Lembap
Kandungan:
Tepung coklat, Coklat ganache & Chocolate Rice
ada resepi lengkap lagi

Harga : Rm9/pc
untuk harga borong boleh dirunding

Hotline: 0189075457

Serunding Kg. Laut (Daging Tempatan)

Mai2 try

Kami kembali.. Kali ni kami menyediakan serunding asli, daging tempatan

Sedap 
Sekali cuba mesti mau lagi

Serunding kg. laut, dijamin keasliannya
dah cuba sekali mesti nak lagi, mai2



Serunding Daging Tempatan Kg. Laut

rm10/100g

Harga tak termasuk postage

Hotline : 0189075457

Untuk harga borong, boleh dirunding

Popia Nestum Rangup

Alhamdulillah
Akhirnya ketemu Ramadhan kita
Mau kudapan2?
Mai try Popia Nestum
Pasti sedap
Murah

Boleh beli borong
Boleh buat utk doorgift

Popia Nestum Horlicks

Popia Nestum Milo
Popia Nestum

Saiz besar : RM10
Saiz sederhana : RM5
Doorgift : Harga boleh runding brgantung pada saiz

Hotline: 0189075457

Popia Nestum Horlicks

Kiri : Popia Nestum Horlicks, Kanan : Popia Nestum Milo 




Botol : Saiz besar
Bekas 'Love' : saiz sederhana

Cepat2, terbuka utk sepanjang thun :)

Friday 25 March 2016

Masakan Ringkas

Masakan ringkas untuk ibu & bapa

Kadang2 sekali sekala menjenguk ibu & bapa atau ibu & bapa mertua di rumah mereka, apa salahnya kita yang menyedia masakan. Asyik org tua je masak, Sekali sekala ringankan beban org tua yang sdah lama berat. Masak pulak, kasilah sedap2, ma ayah nak juga rasa air tangan anak dan menantu. 
Anak2 masa kecik, ken main seronok arah mak masak tu masak ni. Penat mak xkira ye. Penat ayah cari duit beli lauk, buat xnmpak.Lepas mkn tggal. xpun paksa adik2 basuh pinggan dia makan.
Menantu2 pula, masa mula2 nk jadi menantu, bkn main lagi, g masak rmh mertua, nk tjuk pro konon lah ye. Hantar kuih, kek buatan sendiri. Ken main lagi ye. walaupun xsedap pun, bakal adik2 ipar makan je, bdk2 kan. Konon nk bodek ye.
Bagi anak2, bila dah besar panjang, buat2 lupa pngorbanan ibu n bapa, pe salahnya kita bagi mak n ayah kita rasa air tangan kita. bknnya selalu pun. 
Bagi menantu, amboi dah lama kawin, dah lupa dah masa mula2 pikat hati mertua, dah lupa keberadaan kita sekrg adalah kerana penerimaan org tua ini? Dok menunggu dlm bilik siap masak. Xpun rela pura2 bz dengan kerja or anak2. Xpun xnk tolong masak sbb dia nk mkn luar or mkn rmh org lain. 
kdg2 kita lupa, kita bkn sentiasa senang, sihat. Muda xsmestinya sentiasa sihat. Andai Allah tarik nikmat sihat kita, n xde sapa sudi bantu kita, apa kita rasa? Kdg2 Allah kirim bantuan dari orng lain, Allah juga yg halang bantuan dari smpi kpd kita. Jadi renung2kanlah. Hnya diri sendri tahu apa yg kita dah lakukan. Harap aku sentiasa diberi kesihatan yang baik dan tenaga secukupnya untuk mmbalas pengorbanan ma & abah. Walaupun aku sedar aku xsehebat anak2 ma & abah ku yang lain.


Ni masakan ringkas bagi org bujang mcm aku ni, bolehlah nk masak simple2 gini . 
tomyam putih ayam dan sotong masak merah

masak lemak cili api & ikan bakar sumbat 

Tuesday 9 February 2016

Benarkah anda menyesal kerana tidak menjaga kedua orang tua anda?

Cerita ini hanyalah luahan perasaan salah seorang sahabatku. Dan mungkin akan berlaku padaku jua. Nauzubillahiminzalikh.. Tujuanku bknhndak mengaibkan beliau, tetapi mngkin boleh jadi pengajaran bagi yang belum mengalaminya.

Sahabatku kehilangan bapanya ketika dalam 20an kerana sakit tua. Sakitnya tidaklah melarat, cuma pada ketika tersebut bapanya sudah tidak boleh berjalan lagi. Seusai makan malam malam, bapanya bersandar di katil, dan secara tiba2 badannya jatuh merungkup. Ibunya lantas memanggil sahabatku utk mengangkat bapanya. Dengan kudrat yang kecil, memandangkan sahabatku beratnya pun hanya mencecah 40kg, agak sukar baginya mengangkat tubuh bapanya. Ialah badan orang sakit memang agak berat. Pada ketika itu, hanya dia dan ibunya di rumah. 

Bapanya tiba2 nazak. Segera ambulans dipanggil, namun takdir Allah takkan lewat walau sesaat. Bapanya menghembuskan nafas terakhir dirumahnya. Sahabatku juga menelefon adik beradiknya utk memberitakan hal kematian bapanya. Dan apa yg dia peroleh hanyalah, kemarahan mereka. Mereka memarahi kerana tidak beritahu awal2 yg bapa mereka sakit. Sahabatku agak terkilan, bapanya memang sakit tua sudah agak lama. tapi sakit nazaknya hanya tiba2. Kenapa selama ini adik beradiknya tidak pernah menghubungi atau menjenguk bapanya? Bukankah kewajipan anak mengambil berat kedua ibu bapanya? Adakah org tua yg perlu menghubungi anak2? Sepanjang majlis, sahabatku hanya duduk trmenung menghadap jenazah bapanya. Tiada sepatah kata yang keluar. Mungkin sedih dengan pemergian tiba2, mungkin sedih dimarahi tanpa sebab. Adakh mereka betul2 memarahinya atau pura2 memarahi sekadar menunjukkan mereka prihatin?


Masa terus berjalan. Sekarang ibu sahabatku mengalami sakit tua. Kencing tidak teratur. Hampir setiap hari, lantai perlu dibersihkan. Malamnya kadang tak tidur lena. Pemikiran ibunya sudah merosot. Sudah tidak mengenali orang sekeliling. Kadang2 sihat, kadang2 nak bangun pun xlarat. kerap jatuh. Makan pun kadang lalu, kadang x.Rumah pun sudah xingat.

Pada hari biasa, abgnya membawa ibunya utk tinggal dirumahnya. Nasib baik ada menantu dan cucu yg sudi menjaga neneknya. aku mengenali anak saudara sahabatku itu, walaupun tidaklah rajin mana mengurus rumah, tapi mereka xkisah untuk membasuh kencing nenek mereka. Mereka xkisah melayan kerenah keanak2 an nenek mereka. Alhamdulillah, menantunya pun penyabar. Walaupun berkerjaya, dia xkisah menjaga mertuanya yang sakit. Waktu kerja cucunya menjaganya kerana cucunya mengambil course luar kampus,jadi setelah ibu mereka balik, ibu mereka mengambil alih tugas mereka. Sedap hati aku mendengar. Pada hari minggu, tugas menjaga diambil alih oleh sahabatku. Ibunya dihantar kembali ke rumahnya. Walaupun demikian, sahabatku agak rungsing, yelah memang abgnya bertegas untuk menjaga ibu, tp smpai bila? lagipun yg mnguruskan ibunya bukan dia, istri dan anak2.hmmm

Sahabatku punya ramai adik beradik, tp hnya mereka berdua yng beria2 menjaga. yg lain buat xtahu sahaja. Adik perempuannya bagi alasan yng mrtuanya xsuka besannya tggal di rumah anaknya. Jika besannya ada, mertua adiknya xkan pergi kerumahnya. Mungkin jijik. Aku sekadar bagi cdgan, apa salahnya, jika sebulan sekali paling kurang, mailah tidur di rumah ibu, jaga ibu. Basuh najis ibu. Datang jenguk sahaja sekerap mana pun sama macam datang melawat. Kawanku ckp ntahlah. Bagi aku itu sekdar alsan anknya shj. Bagi lah peluang pada kakaknya berehat.Bagilah peluang ibunya merasa sentuhan lembut tngan anknya seorng lagi.

Waktu cuti tiba, sprti biasa, adik beradik saudara mara dtg, tp skdar sbgi tetamu bkn utk meringan beban. Masing2 menolak tggungjwb. Jadi adakah kemarahan mereka sblm ini kerana tidak mengkhabarkan kesakitan bapa mereka adalah benar atau lakonan semata2? Tepuk dada, tnya diri anda.. 

Sekadar brkongsi cerita... 


Wednesday 27 January 2016

Sahabat Selamanya

Deeny muncul tiba2, Ayahnya saja hantar, sebulan sekali, nak bg brkawan katanya. Nasib baik deeny masih kenal kami, cool je dia. Rilek je masuk. Xkisah pun dipeluk dicium. Geram tgk pipinya, kawan2 pun suka sgt Deeny mai. Terus ajak main. Seronoklah mereka.

Deeny kurus sedikit sbb dah bnyak main, melompat sana sini. Aktif macam abam. Xde dah pendiam macam dulu. Agak2 Deeny ingat Emerson lagi x?

Afnan, Deeny, Aliesha, Qaseh

paling kanan: Mursyid... peace




Saturday 9 January 2016

Kentang Putar Ala KFC Budget


Kentang Putar Ala KFC Budget

- Harga minima RM1.00 sebiji (minima tempahan 30biji).


- Harga berbeza mengikut packaging.

- Khidmat penghantaran ke tempat anda disediakan sekitar Kota Bharu dan Kubang
Kerian.

-Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh
penghantaran berdasarkan jumlah tempahan.

- Jika berminat sila whatapps: 01592616691
                               sms : 018-9075457


JOM CUBA

Freshly prepared



Jom Rasa

Wednesday 6 January 2016

Marble Cup Cake (Kek Cawan Marble) Budget

Marble Cup Cake (Kek Cawan Marble) Budget

- Harga minima RM1.00 sebiji (minima tempahan 30biji).

- Pelbagai perasa seperti coklat, vanilla, mentega, dll.

- Harga berbeza mengikut topping, hiasan dan packaging.

- Khidmat penghantaran ke tempat anda disediakan sekitar Kota Bharu dan Kubang
Kerian.

-Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh
penghantaran berdasarkan jumlah tempahan.

- Mencari agent cup cake

- Jika berminat sila whatapps: 01592616691
                               sms : 018-9075457


JOM CUBA

InshaAllah digemari ramai
Cubalah rasa




Tuesday 5 January 2016

Moist Chocolate Cup Cake (Kek Cawan Coklat Lembap) Jimat

Cup Cake Chocolate  (Kek Cawan Coklat Lembap)

- Harga minima RM40/30 biji

- Pelbagai perasa seperti coklat, vanilla, mentega, dll.

- Harga berbeza mengikut topping, hiasan dan packaging.

- Khidmat penghantaran ke tempat anda disediakan sekitar Kota Bharu dan Kubang
Kerian.

-Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh
penghantaran berdasarkan jumlah tempahan.

- Mencari agent cup cake

- Jika berminat sila whatapps: 01592616691
sms : 018-9075457

InshaAllah menepati selera anda


Disediakan fresh dari ketuhar
Selamat Mencuba,....:)

Chocolate cake with white rose

Chocolate cake with pink rose

Chocolate cake with yellow rose






goodies

ready to send








Monday 4 January 2016

Cup Cake Jimat

Cup Cake

- Harga minima RM1.00 sebiji (minima tempahan 30biji).

- Pelbagai perasa seperti coklat, strawberi, vanilla, mentega, dll.

- Harga berbeza mengikut topping, hiasan dan packaging.

- Khidmat penghantaran ke tempat anda disediakan sekitar Kota Bharu dan Kubang
Kerian.

-Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh
penghantaran berdasarkan jumlah tempahan.

- Mencari agent cup cake

- Jika berminat sila whatapps: 01592616691
sms : 018-9075457


cup cake strawberi 

Friday 1 January 2016

Diari Solat

Pagi2 dah ada benda kelakar dibincangkan berkenaan diari solat, di mna diari ini utk golongan dewasa bagi mengingatkan tentang solat. Di dalamnya disediakan waktu solat dan ruangan disebelahnya. Pada mulanya difikirkan ruangan trsebut untuk tulis waktu kita solat, maka kita akan sentiasa mengawalkan solat. Rupa2nya ruangan utk 'tick' jika solat. Katanya dengan ini kita akan dapat membudayakan solat. Katanya lagi, isteri boleh cek suami solat or x. Terkedu mendengarnya. Solat yang wajib boleh dibudayakan? Budayakan mengaji setiap hari, sedekah setiap hari bolehlah benda ni sunat. Niat diari solat tu bagus tp adakah bgitu kritikal umat Islam sekrg? Inilah jika agama dah jd no brp ntah, hukum agama xditurut. Kan senang dari kecil kita tanamkan Islam dlm diri anak2, dan rotan jika mereka enggan solat. Merotan untk mengajar brbeza rotan untuk dera. Bila rebung dah jadi buluh, baru nk kasi diari solat. Kalaulah Islam jadi pegangan dan panduan,kita xdelah sampai tahap kritikal ni. Sedih insan yg lemah ni frown emoticon