Monday 30 November 2015

Ustaz Don Daniyal - Syarat Pakai Tudung Sempurna



sumber dari youtube

TUDUNG LABUH DIPINKAN PADA PARAS BAHU - ustaz azhar idrus



sumber dari youtube

Ustaz Azhar 2010 - Hukum Wanita Pakai Stokin



sumber dari youtube

Hukum Wanita Letak Gambar Di Facebook



sumber youtube

ustaz azhar idrus - AF laknatullah



sumber dari youtube

Ust Azhar Idrus- Berhias : Tudung Berfesyen



sumber dari youtube




Ust Azhar Idrus- Berhias : Bersolek Berlebihan ' Tabarruj '



sumber dari youtube

Haram bersolek seperti perempuan kafir, bg yang Islam jangan duk tiru sangat orang korea deh

Ust Azhar Idrus- Wanita Pakai Celak / Berhias Berlebihan



sejak munculnya selfie, ramai yang lupa diri, lupa yang segala kecantikan itu milik Allah..

Sunday 29 November 2015

JOM MENGAJI DI TASKA QASEH ANAKKU (PERMATA)

Kepada kaum muslimat dan anak - anak yang berminat untuk mengaji Al-Quran dan Iqra', boleh sertai kami mengaji di TASKA QASEH ANAKKU PERMATA. Pengajian InshaAllah pada setiap hari bekerja. Jom kita mendalami Kitab Allah. Kaum muslimat, jangan malu - malu, kita luangkan masa setiap hari untuk memperbaiki bacaan kita. InshaAllah.

Cepat sementara promosi masih ada..

Jom kita lancarkan bacaan kita

Thursday 26 November 2015

GOT7 "딱 좋아(Just right)" M/V



sumber dari you tube



nice mv, nice song, nice lyrics.. maybe it can give some good motivation for us..

GOT7 "니가 하면(If You Do)" M/V



Sumber dari youtube

Nice song..

Wednesday 25 November 2015

PROFIL AHLI TASKA QASEH ANAKKU PERMATA ( Dulu dan Kini) (Daiyan Hamzi Mat Lazim)

DAIYAN HAMZI MAT LAZIM
Abam dan Akif, bestfriend Abam dulu
Membahasakan dirinya sebagai Abam merupakan abang kepada Deeny. Ketika didaftarkan, Abam berusia tiga tahun lebih. Abam seorang yang sangat aktif dan sentiasa bertenaga. Sikap yang terlalu aktif kadang – kadang memenatkan juga. Kami dapat merasakan, Abam ingin melepaskan semua tenaga yang dia ada tapi mungkin tidak ada tempat yang sesuai baginya. Kasihan juga pada Abam. Pada usia ini, perasaan meneroka amat tinggi. Semua perkara Abam ingin mencuba. Abam kurang makan terutama jika ada tab di tangannya. Abam kadang – kadang cemburu pada Deeny, maklumlah perhatian diberi lebih sedikit, memandangkan Deeny masih memerlukan bantuan untuk membuat sesuatu perkara. Jika ada kesempatan, Abam akan mengusik Deeny sehinggakan Deeny menangis. Abam juga agak kuat merajuk, jika Abam merajuk pasti dia kata, “No Friend.” Dengan siapa – siapa pun. Lucu juga mendengarnya.. jika keluar perkataan tu mesti rajuk dia lama.
                Kesempatan yang kami ada, kami kadang kadang sengaja menggunakan perkataan “No Friend,” jika Abam buat hal, biasanya jika mengusik Deeny secara keterlaluan. Walaupun kami berkata secara gurauan, Abam terus terdiam. Satu kerja baru pulak, pujuk balik. Seperti Deeny, nasib kami baik ada guru yang rajin beriadah petang2, kami bawa abam jogging pada waktu petang. Kata ibunya, ni balik pulak, jogging lagi di Padang USM. Abam juga gemar kerja – kerja kreativiti dan berani mencuba. Untuk mengalihkan pandangan dari tabnya, kami Abam mencuba perkara yang menarik minatnya, menggunting dan menampal, mewarna, melukis. Sedikit sebanyak abam boleh lupakn tabnya semasa di sini. Abam pun dah mula makan banyak.
                Abam pun sudah pandai berkawan. Pandai bertolak ansur. Kadang – kadang terlalu banyak beralah dengan adik2. Kesian juga tengok. Mungkin dia rasa dirinya dah besar. Perkataan “No friend,” lama – lama hilang dari mulutnya. Dah suka bercerita terutamanya tentang keluarganya. Selalu minta kami rahsiakan ceritanya dari ibu bapanya. Aiyaa.. hehehe.Abam pun dah tak merajuk dan senang dibawa berunding. Sekarang dah jadi malu sikit jika dia nak buat perangai, menangis pun tak. Memang susah nak tengok air mata Abam sekarang ni. Gentleman dah ni  hehhehe. Abam akan ke tadika  tak lama lagi.. Nanti datang lagi sini, kawan2 sentiasa menunggu ni.
               
Antara permaianan yang Abam suka

Tuesday 24 November 2015

PROFIL AHLI TASKA QASEH ANAKKU PERMATA ( Dulu dan Kini) (Deeny Hafiy Mat Lazim)

Deeny Hafiy Mat Lazim
Berbaju kuning merupakan pemilik nama Denny Hafiy
Ahli asal TASKA QASEH ANAKKU,  Denny Hafiy atau nama panggilan Deeny. Anak kepada pasangan Dr. Rafidah Hanim Shueb dan Mat Lazim Mat Daud. Denny diperkenalkan sebagai orang yang sangat pemalu. Sangat sukar berinteraksi dengan orang yang tidak dikenali. Deeny juga tidak dapat berjalan lagi pada usia 1 tahun 1 bulan. Seminggu Deeny dihantar bersama akaknya (Nana), Tahun 1. Keadaan ini merisaukan keluarga mereka kerana anak - anak yang lain aktif dan petah bercakap Kami langsung tidak dapat menyentuh Deeny kecuali semasa mandikannya dan menguruskan keperluannya. Langsung tidak mahu bertentang mata dengan kami. Baginya kakaknya adalah dunianya di sini.
         Setiap hari kami berusaha menarik perhatian Deeny. Setelah sebulan, kami berjaya mendapatkan senyumannya. Alahai mahalnya dia. Dengan kami, Deeny sudah semakin biasa. Setiap petang kami akan bawa Deeny berlatih berjalan sama ada di dalam kawasan rumah atau di sekitar taman. Deeny semakin ceria. Deeny dapat berjalan dengan baik pada usia setahun dua bulan. Alhamdulillah. Namun, masalah kehadiran orang luar, masih mengganggu Deeny. Mengikut maklumat ibunya, Deeny tidak mahu berjalan jika orang ramai. Setiap kali kehadiran orang luar, Deeny akan pura - pura tidur atau akan berhenti buat apa2 aktivitinya. Kami merasakan jantungnya memang kuat berdebar. Berdasarkan pengalaman kami, Deeny berasa tidak selamat dan terancam. Baginya, orang luar adalah musuhnya. Inilah sifat biasa bagi kanak - kanak, bergantung pada ibu bapa bagaimana mereka perkenalkan setiap rakan mereka.

                  Bagi setiap kehadiran orang luar, kami perkenalkan kepada Deeny secara berperingkat. Mula - mula sekadar kenal muka dan lama - lama boleh menegurnya. Berkat usaha dan sokongan kami dan keluarganya, keadaan berubah dari semasa ke semasa. Deeny sudah boleh bermain tanpa terganggu dengan kehadiran orang luar. Sudah pandai berinteraksi dengan kanak - kanak sebayanya. Katanya, Deeny dah lincah seperti kanak - kanak lain. Sekarang jika keluar beriadah, Kedua ibu bapanya, kadang - kadang terpaksa berkejaran dengan mendapatkan Deeny. Alhamdulillah. Deeny pun mempunyai fokus yang sangat tinggi pada usianya sekarang. Deeny boleh buat sesuatu perkara dengan lama tanpa rasa jemu dan cermat. Deeny pun gemar bercerita tentang perkara yang terjadi padanya, walaupun kadang -kadang kami tak faham pun. hehehe.. Kepada Deeny sekeluarga, Terima kasih kerana beri sokongan dan percayakan kami.

Busy baca buku.. duk menanya

tengah buat corak, ralit benorr..




Thursday 12 November 2015

Abah pula sakit

Petang semalam abah diserang sakit2 dalam badan, lelah. Sukar bernafas. Aku mula risau. Aku cuba pujuk Abah ke hospital.. Tapi Abah menolak. Abang cuba berbincang dengan adik beradikku. Tak lama kemudian abg ke-4 sekeluarga smpi. Abah tetiba sihat. Sebelum nak bercakap pun bunyi sesak nafas. Abah kata cuma angin sahaja. Aku tetap risau.

         Petang tu dalam bilik, Ma berbual2 dengan aku dan bertanya, agak2 antara Ma dan Abah siapa yang pegi dlu. Cepat2 aku jawab, Ana dlu pegi. Ma sengih, tak dapat naik pelamin gitu gak. Dlu Ma pun terfikir, alangkah bagusnya jika meninggal dunia masa bayi dan kanak - kanak tak perlu dihisab. Aku pun jawab, itulah bagusnya mati muda, dosa tak banyak lagi. Dalam hati berkata, pahala ku pun entah cukup ke tidak.

        Aku risau juga jika aku pergi dlu, bagaimana keadaan Ma dan Abah? Dlu Ma laratlah nak tolong jaga cucu, nak masak dan mengemas. Sekarang Ma bergerak sikit terus penat. Abah pun dlu boleh bawa cucu jalan2, sekarang ni mata xberapa nampak.Dlu boleh tolong apa yang patut. Sekarang pergerakan mereka terbatas. Bolehkah mereka sekeluarga terima keadaan Ma dan Abah? Alangkah baiknya jika kami dapat bersama sehidup semati..

Wednesday 11 November 2015

(VI – HRPZ- Wad Puteri) - bab akhir

30 Oktober 2015 (Jumaat)

4.00pm

Jumaat, penghulu segala hari. Hari kemenangan umat Islam. Hari doa akan lebih mudah dimakbulkan. Kami mendapat khabar yang mengembirakan, Ma dah boleh discharge. Tapi perlu follow up dengan hospital. Terutama masalah jantung Ma. Alhamdulillah, doa kami termakbul. Terima kasih Allah. Sekurang2nya penyakit Ma dapat dikesan awal. Ma dinasihatkan banyak berehat. Secara tidak langsung aku akan mengambil alih tugas Ma, tapi Ma biasalah. Mana mungkin akan duduk diam, jadi aku kena terlebih rajin agar dapat mengurangkan Ma buat kerja.
Hari2 seterusnya…

Aku cuba lebihkan masa di dapur. Membasuh dan mengemas apa yang patut. Masakan cuba banyakkan masakan berkhasiat macam steam or bakar. Kurangkan santan.. banyak aku kena belajar. Hari sabtu baru2 ni rakan ku menjemput aku menghadiri majlis di tempatnya, melihat keadaan Ma, aku terpaksa menolak pelawaannya. Nasib baiklah sebelum ni pun aku hanya fokus pada Ma & Abah. Jadi sekarang aku kena fokus lagi. .. kalaulah aku ada twin tinggal bersama, bolehlah kami bergilir2 bantu Ma.. sekurang2nya ada teman untuk membantu saat aku lemah, trutamanya lemah dari segi mental.. Hari2 berikutnya, Ma agak sihat tapi nampak kesunyian, Ma kadang2 bercerita tentang kisah anak2nya yang lain ketika mereka masih kecil, mungkin Ma teringat masa anak2 masih kecil. Yelah dlu bising dengan keletah mereka, sekarang sunyi saja. Kadang2 tengok badan Ma semakin bongkok, katanya sakit. Setiap malam, Ma akan menyapu minyak di bahagian belakang, katanya jika tak sapu minyak Ma tak dapat tidur. Nak mengiring ke kanan xboleh. Sakit.


                Alhamdulillah, semalam Ma dah boleh mengiring ke kanan. Ana doakan semoga Ma sihat dan ceria seperti dulu. Maafkan Ana kerana tak dapat membantu Ma sepenuhnya.. tapi Ana akan berusaha menceriakan Ma selagi Ana mampu.

(V – HRPZ- Wad Puteri)

29 Oktober 2015 (Khamis)

5.30am

Seperti biasa, aku segarkan diri. Dalam perjalanan ke tandas, aku terfikir, mungkin agak gila bagi mereka yang waras. Andai kata berlaku apa2 komplikasi pada jantung Ma, aku ingin sekali menggantikan jantung ku pada Ma. Tapi mana mungkin pihak hospital mengambil jantung orang hidup. Tapi melihat keadaan Ma, nampak terseksa benar semalam. Aku sekadar boleh mengingatkan Ma membaca ayat 87 Al – Anbiya’, doa ketika mengalami kesulitan. Ubat memang makan, tapi segala kesakitan dan kesembuhan datang dari Allah. Semalam Ma juga meminta supaya aku tidak bekerja hari ni. Aku tak kisah sebenarnya seharian or dua harian di hospital. Asalkan dapat bersama Ma. Aku berjalan sambil berfikir, keadaan jadi kelam kabut disbbkan Ma sakit. Aku doakan Ma panjang umur. Tak dapat aku bayangkan aku hidup tanpa Ma. Nauzubillahiminzalik..

Sekembali ke katil Ma, aku lihat ada buku rawatan Ma. Owh mereka ada datang lihat Ma dalam jam 4.00am, aku tak sedar. Hmm.. Ma kelihatan okey sedikit, mungkin sebab lena tidur. Semalam aku baru dapat lap badan Ma, Ma baru kebah demam pagi ni. Peg. perubatan yang sama, owh dia bertugas 2 hari 1 malam? Masih ceria dan bertenaga. Aku cam sebab baju tak bertukar2. Begini ke cara mereka ditugaskan? Tidakkah pihak hospital tak fikir kemungkinan ini akan memberi kesan pada pesakit. Kemungkinan berlaku kesilapan semasa rawatan akibat tak cukup rehat.. Kasihannya.

Ma baru ada selera makan. Alhamdulillah. Kali ini aku tak perlu alih parking, kerana aku parking di tepi jalan sahaja. Baru sibuk aku mendail Abah supaya tak perlu datang, tiba2 Abah muncul bawa nasi berlauk. Ma tiada selera untuk makan nasi lagi. Cuma makan roti dan minum air kopi yang disediakan dihospital. Kami makan di kantin secara bergilir2. Makanan di kantin memang sangat mahal. Bayangkan nasi lemak dengan telur separuh, mencecah hmpir RM2.50. Jika sedap aku tak kisah, tapi masalahnya langsung tak dapat dimakan. Itu yang aku beli semalam. Hari ni nasib dapat nasi beli dari luar. Abah aku kata boring duk rumah sorng2..hmm

Kemudian Abah menyuruh aku balik. Aku keberatan, aku tahu Abah bukan boleh duduk lama2 dalam wad. Pasti sekejap lagi Abah akan meninggalkan Ma, ulang alik jalan kat corridor wad. Kasihan Ma kang sunyi sorang2. Abangku tiba kemudian, melihat terlalu ramai. Aku terpaksa berundur, memandangkan doctor pakar dah smpai. Lagi pun kalau diikutkan syaratnya, seorang sahaja boleh menunggu. Ma berpesan, lepas ni x yah tidur hospital. Ma dah ok, katanya. Hmm.. takpe malam ni mungkin giliran abang or kakakku, bukan apa sbb esok aku kena mula lakukan aktiviti membasuh. Mungkin malam berikutnya aku akan tidur di wad. No problem. Mengikut perancangan aku akan menunggu sampai kakak n abangku yang ke-2 sampai, mereka dari KL dan dijangka tiba ptg ni. Tapi memandang abangku ni dah smpai, maka aku pun beransur.

Sesampai di rumah, selepas membersihkan diri, aku basuh semua baju Ma dahulu. 3x mesin, nak tahu kenapa? 2x memanglah biasa sebab lama dah xmembasuh. Tengah2 aku menyidai baju, detangle anak kucing yang kiut miut tapi busy body nak tahu aku buat apa. Tanpa ragu2 dia pun melompat ke tepi penutup mesin basuh, nak tengok banyak mana lagi kain yang perlu aku sidai. Aku terkejut trus aku meninggikan suara pdnya, anak kucing yang manja terkejut dengar suaraku, tanpa segan silu terjatuh dalam mesin basuh di mana ada separuh lagi tak berjemur. Kelam kabut dia keluar. Haiyaa.. basuh sekali lagi. Akhirnya lepas jam 4 baru siap membasuh. Sambil tggu siap mesin membasuh, aku kemas sikit2 bilik tamu. Hampar cadar dan sapu. Terlelap juga di kerusi panjang depan tv. Hmm. Abah menjemput abg n kakak ku di airport dan terus ke hospital.


Lewat petang kakakku sampai, untuk mandi dan aku ditugaskan untuk hantar kakak ku semula ke hospital dan pick up abang ku disana. Malam ni kakak ku tidur sana, siap bwa bantal lagi.hehehhe

Tuesday 10 November 2015

(IV – HRPZ - Wad Puteri)

28 Oktober 2015 (Rabu)
1.30am

 Dalam jam 1.30am peg. mai cek lagi. Dalam jam 3.00am pesakit baru masuk duk katil sebelah. Suasana agak bising sedikit. Sebab ada pesakit dipindah masuk dan keluar. Aku terlelap sekejap dikerusi. Kaki agak kejang bila asyik berjuntai. Dahlah sejuk. Nasib takde nyamuk kerana mereka memasang alat membunuh nyamuk. Tak lama selepas tu, kad menunggu diberi, sekadar diletak di atas katil tempat Ma terbaring. Mungkin nurse tak nak ganggu aku tidur agaknya. Aku pun tengah mamai2 masa tu. Dalam jam 5.00am aku tersedar dan urus keperluan diri. 5.30am peg tersebut cek lagi keadaan Ma. Agak2nya tak tido malam mereka ni. Dalam jam 6.30am aku pergi ke parking ambil barang. Selepas aku naik baru aku perasan. Parking di situ hanya boleh parking sampai jam 7.00am kerana itu parking staff. Aku pun turun kembali untuk alih kereta. Kebetulan ketika aku kembali ke hospital,  terserempak dengan Abah. Setelah kami parking. Aku bertukar shift dengan Abah.
Aku terus ke tempat kerja. Sampai awal hari ni. Hehhe.. Setelah selesaikan kerja2 yang patut. Barulah aku mandi.  Aku dapat msg dari group whatapps keluarga mengatakan Ma menghidap darah tinggi, paru2 berair dan jantung berlubang kecil tapi masih boleh dirawat dengan ubat2an. Katanya dah 2 tahun terjadi lubang tersebut. Terkejut aku, patutlah Ma selalu sakit pada dada, bila pegi hospital peg.perubatan kata bengkak sikit je. Rupa2nya berlubang. Ada lelah sedikit. Kasihan Ma.. hmmm
Sepanjang perjalanan pulang aku terfikir2, inilah dugaan maha dahsyat yang aku pernah terima. Selama ni aku sekadar mempunyai masalah mendapat pekerjaan tetap dan sukar mencari teman hidup. Tapi yang memang dahsyat. Aku berdoa, andai ini pilihanku, aku rela bersusah payah mencari sesuap nasi daripada kesihatan ibuku diambil. Aku pulang ke rumah sekejap untuk bersihkan badan dan mengambil pakaian baru dan tidak lupa baju sejuk. Baru kurang sejuk skit duk hospital. Lebih kurang jam 8.00pm aku sampai. Bertukar shift dengan abangku. Aku terus ke katil Ma. Ma nampak kepenatan. Ma kata penat bercakap kerana ramai sanak saudara berkunjung tadi. Owh ini pegawai perubatan yang bertukar shift pagi tadi, sampai malam ke dia bertugas? Larat ye dia? Fikir ku. Keadaan malam ni agak sunyi.


Jam menunjukkan lebih kurang 10.00 malam. Tapi aku lihat keadaan Ma semakin teruk. Ma mengatakan belakangnya sangat sakit. Di minta dipicit, diurut dan ditumbuk belakangnya. Ma bukan jenis suka diurut kerana katanya jika urut Ma akan rasa sakit. Aku semakin risau.Ma tak nak pakai topeng oksigen katanya rimas. Semasa kadar O2 dicek, sangat rendah dalam 80. Sepatut bagi orang normal 95 ke atas. Peg.perubatan datang pada Ma berbual dengan Ma, katanya kena pakai, lalu dia mengambil alat cek O2 dipakaikan pada jarinya, sekadar menunjuk contoh sambil tersenyum. Kemudian nurse menukar kepada tiub yang kecil terus ke hidung seperti yang diminta oleh Ma. Ma meminta ubat tahan sakit dari nurse. Selepas itu, baru Ma dapat tidur. Aku pun agak selesa kerana ada baju sejuk. Kebanyakan ward ni penunggunya ramai lelaki. Aku perasan Peg tersebut cek Ma dalam jam 3.00am. Malam ni aku tidur agak lena, mungkin dah terbiasa.

(III – HRPZ- Wad Puteri)

27 Oktober 2015
11.00pm
Pada mulanya, Ma ditolak ke sebuah katil dalam ward puteri bahagian bilik tertutup. Agak sejuk di dalamnya. Kemudian setelah dialih ke katil, Ma kemudian ditolak kebahagian terbuka. Suasana lapang sedikit. 6 orang pesakit. 1 katil, 1 kipas syiling. Ada aircond lagi. Agak selesa. Tapi katil yang Ma dapat agak usang, senget sedikit di bahagian kaki. Lagipun memang agak susah untuk tolak. Kasihan nurse2. Hmmm.. sedih melihatnya. Kalaulah cukai yang diperolehi disalurkan lebih ke fasiliti hospitalkan bagus. Semua dapat manfaat. Ma ditempatkan di tengah2 antara dua katil. Sebelah kanan pesakit usianya lebih kurang sebaya dengan Ma, dan sebelah kiri agak muda orangnya. Mereka dah tidur. Makanan yang dibeli keluargaku ada dibawa tapi aku takde selera. Perut memang berkeroncong tapi seleranya tiada. Melihat keadaan Ma lemah. Ma dinasihatkan tidak turun katil. Beg air kencing disediakan kerana katanya hendak meyukat kandungan air kencing pesakit.

Setelah semua selesai, aku ingin turun untuk mengambil barang2 beserta telekung. Juga aku sebenarnya dahaga sangat air kosong. Nak sangat minum air kosong. Memang habit aku sebelum tidur akan minum air kosong segelas, mengikut kajian ada yang kata xbagus, ada yang kata bagus. Ntahlah. Inilah pengalaman pertama bermalam di wad. Aku memang tidak tahu selok belok proses di wad. Kata Abah aku kena minta kad pelawat dengan security guard. Tapi bila aku tanya pada security guard, katanya perlu minta pada nurse yang bertugas. Mungkin juga sistem dulu tidak sama dengan sekarang. Aku lalu bertanya pada nurse, rupanya Pegawai Perubatan yang bertugas akan mengeluarkan kad pelawat. Itupun setelah pesakit diperiksa. Aku pun bertanya arah kiblat dalam ward ni. Nurse dengan senyuman yang tak lokek menunjukkan arah. Oh, hospital ini ada menyediakan sudut solat di dalam ward. Siap berkarpet dan telekung disediakan.

Alhamdulillah. Setelah solat, aku kembali ke katil Ma.  Seorang pegawai perubatan sedang meneliti rekod2 Ma. Cara dia bertanya kepada Ma dan aku sangat lemah lembut dan bersopan. Aku nak ajuk pun xreti. Sedikit sebanyak aku kagum dengan sikap mereka. Pengalaman aku biasanya untuk memastikan sesuatu organisasi itu baik, ketuanya perlu bersikap lebih baik.

Berbeza dengan sebuah hospital kerajaan (nama dirahsiakan) yang pernah aku pergi, sesama staff pun mereka bersikap biadap terutama jika berhubung dengan staff yang berpangkat rendah. Bukan setakat staff mereka, kat kantin mereka pun begitu. Kalau setakat staff biasa nak membeli, mereka layan tidak layan. Muka masam macam pekasam. Lauk yang dibubuh pun ciput je. Keadaan ini sering terjadi padaku, suatu hari semasa aku ingin membeli makanan di kantin, aku terserempak dengan salah seorang pegawai perubatan dan kami bertegur sapa dihadapan makcik kantin. Kemudian seperti biasa aku order nasi berlauk, ala2 nasi kak wok gitu. Banyak sungguh lauk, siap letak sayur lagi. Dan wajah makcik tu dengan senyuman menawan melayan aku. Aku pun agak heran. Caj yang dikenakan pun harga biasa. Biasanya jika minta sayur memang kena bayar ekstra. Semasa aku makan, kawanku yang memang sudah lama bekerja di situ bercerita, yang memang makcik kantin memang gitu. Dengan pegawai perubatan mereka memang melebih. Selepas kejadian tu, aku baru perasan, memang jika pegawai perubatan memang mereka letak melebih2. Sekali tu je aku dapat layanan istimewa. Biasanya ciput je. Hahaha.. Yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin miskin. Chantekk!!!.. Patutlah orang awam selalu komplen sikap staff di hospital ini biadap.. ish3

Berbalik pada Ma, selepas keadaan Ma di periksa pegawai tersebut, aku pun nak meminta kad keluar. Tapi still tak dapat sebab yang bagi kad tersebut ialah pegawai perubatan. Dan kad itu akan dikeluarkan setelah fail dikemaskini oleh pegawai tersebut. Aku bukan apa, kang makin malam makin bahaya kat luar tu. Baru je tadi kejadian ragut. Lagipun tengah2 malam gini, banyakle benda2 tak pijak lantai berjalan. Kang buatnya terserempak, tak pasal2 aku disorong ke katil sebelah ibuku. Nauzubillahiminzalik.. Aku pun malas nak menunggu, aku pun minum je air manis yang dibekalkan oleh abangku. Harap tak sakit tekak esok..

Saturday 7 November 2015

Terima kasih Allah (II - Kecemasan)

27 Oktober 2015
7.30pm

Aku dalam perjalanan ke HRPZ II, selain berharap keadaan bertambah baik, fikiran aku kosong. Cuba meraih ketenangan. Sampai di hospital, nasib aku agak baik, parking betul – betul di hadapan bahagian kecemasan. Alhamdulillah, kejadian ragut baru sahaja terjadi ketika aku sampai. Jika aku terawal, kemungkinan aku menjadi mangsanya. Barang2 semua aku tinggal dalam kereta. Aku menuju ke bahagian kecemasan.

Setelah mundar – mandir mencari di mana keluarga ku berada, aku ternampak Abah. Baru aku tahu Ma ditempatkan di zon kuning iaitu bagi pesakit kritikal tetapi stabil. Aku bergegas mendapatkan Ma. Ma kelihatan agak stabil berbanding tadi. Mulut dah tak biru. Cuma kaki masih sedikit biru. Aku dimaklumkan Ma bernasib baik kerana cepat dibawa ke hospital. Rupanya tekanan darah Ma naik mendadak, 197..  Jika terlambat Ma mungkin akan diserang strok. Syukur Alhamdulillah. Aku ada terbaca tentang serangan awal strok, untuk mengurangkan risiko strok, pada peringkat awal serangan, pesakit perlu bercakap. Mujur Ma tak berhenti bercakap dan berzikir. Memang dari awal tadi aku perhatikan mulut Ma agak senget, tapi aku tidak tahu langsung dan tak menyangka ia menyerang Ma. Kerana selama ni Ma menghidap tekanan darah rendah. Selepas ni, aku berjanji akan lebih berhati2 dan cepat bertindak.

Ma kelihatan tenang begitu juga keluargaku. Ubat dialirkan ke tangan Ma.Ma terbaring dan boleh bercakap dengan lebih baik. Ma juga menyatakan kerungsingan tentang ragut, risau jika aku yang menjadi mangsanya. Ma ma, dalam keadaan begini pun masih risaukan anak2.  Aku masih menunggu keputusan dari pihak perubatan. Ma cakap dia bukan tak mahu datang ke hospital, Cuma tak nak datang malam2. Lagipun xlarat dicucuk2. Sepanjang Ma berada di zon stabil, rasa 2x darah Ma diambil. Mula2 untuk 1ml kemudian 5ml. Untuk culture kut. Harap semua baik. Aku berdiri di sisi Ma. Keluargaku pergi menunaikan solat. Berborak2 dengan. Alhamdulillah Ma tenang dan mengingati semua yang berlaku.

Ma kemudian di tolak ke tempat x-ray untuk x-ray dada. Proses  X-raynya kejap, Cuma nak menunggu attendan menolak Ma ke zon kuning agak lama. Ditambah pula bunyi bingit pada tabung oksigen Ma. Aku pun heran juga kenapa berbunyi. Kemudian kami masuk semula ke zon kuning. Alhamdulillah, semua staff di bahagian kecemasan bersopan dan bersemangat bekerja. Walaupun ramai pesakit mereka tidak mengeluh apatah lagi masam muka. Sedih  juga melihat kebanyakan yang masuk ke wad kecemasan ketika itu muda2 belaka. Ada yang masih bayi lagi. Kasihan mereka. Moga mereka cepat sihat.

10.30pm


Hari dah lewat. Keluargaku berangkat untuk pulang. Maklumlah mereka bekerja dan bersekolah. Abah pun terlalu tua untuk berjaga malam. Lagipun mereka datang sehelai sepinggang. Setelah lama menunggu, aku diminta ke bahagian hasil untuk daftar wad bagi Ma. Pegawai perubatan yang bertugas dengan murah hati menerangkan jalan ke sana. Segala berjalan lancar. Ma kemudian ditempatkan di Wad Puteri katil 18. Kami meninggalkan zon kuning. Attendan menolak Ma ke wad Puteri,  rupanya bunyi bingit dari bekas oksigen terhasil kerana tidak diketatkan betul2. Sungguh baik layanan mereka walaupun kami bukannya dari kalangan VIP. Di sini ingin sekali aku menulis setiap nama yang terlibat pada malam tu sebagai penghargaan, tapi aku pun tidak begitu bagi perhatian pada nama mereka. Cuma aku doakan mereka dirahmati Allah. Hanya Allah dapat membalas jasa mereka. Jika diberi peluang harap aku dapat membalas jasa mereka. Terima kasih kerana melayan Ma dengan baik.

Terima kasih Allah (I- Ma sakit)

27 Oktober 2015  
4.47 pm

Aku menerima panggilan dari Abahku mengatakan Ma (ibuku) sakit.  Pada pandanganku, mungkin sakit biasa – biasa, memandangkan Ma tidak pernah sakit teruk. Paling teruk pun demam sahaja. Walaupun demikian, aku tetap bergegas balik ke rumah. Dalam perjalanan aku sempat singgah di gerai untuk membeli sukun goring memandangkan ibuku sangat menyukainya, pada pandanganku, ibuku pasti suka apabila dapat makan makanan kegemarannya. Hajat aku tak kesampaian, sukun tak dijual pada hari tersebut. Jadi aku sekadar beli tapai dan ubi goreng. Kemudian aku berhenti  pula untuk singgah untuk membeli kelapa jeli, juga makanan kegemaran ibuku. Dengan senang hati aku meneruskan perjalanan ke rumah.

                Apabila sampai, aku lihat Abahku sedang mengaji Al-Quran, aku terus ke bilik untuk berjumpa ibuku. Suasana bilik agak gelap, Ma terbaring mengiring di atas katil sambil menuku perut, Masha Allah, bibir Ma biru. Aku menghampiri Ma. Ini kali pertama melihat Ma berkeadaan teruk begini. Aku pun tidak tahu seserius mana penyakit Ma.  Apabila Ma nampak aku, Ma terus cakap nasi bungkus ada di dapur. Mana mungkin aku dapat mengisi perut dalam keadaan begini. Walaupun dalam keadaan begini teruk, Ma masih memikirkan tentang anak – anaknya. Ma tak dapat memasak untuk malam memandangkan Ma sakit sejak dari selepas solat Dzuhur.

Aku tanya Ma, dan ingin bawa ke klinik. Ma kata ini sekadar angin sahaja. Dah kurang dah. Dah makan ubat angina, Abah aku dah pegi beli tadi. Takda apa ni. Aku lihat mulut Ma senget sikit. Ma aku bercakap sambil putus2. Aku terus menuku Ma di belakang. Kemudian menuku lagi di perut. Ma mengerang makin kuat. Tak sanggup aku nak menuku lagi, aku beralih ke bahagian belakang semula. Ma mengeluh, aku buntu. Ma menyebut2 nama Allah berulang kali. Merayu dan merintih pada Allah. Pilu aku mendengarnya. Aku sekadar buat ikut arahan Ma.  Kaki Ma dah biru. Lama – lama Ma kata, dia dah ok. Menyuruh aku solat dahulu. Dan Ma akan menyusul. Lagi pun dah jam 6 lebih. Aku sekadar menurut. Hati aku tak keruan. Cuma berharap keadaan Ma bertambah baik. Ma kata akan ke hospital esok. Sekarang dah lewat. Aku cuba menyedapkan hati. Ma kuat. Ma tak akan sakit. Kata ku.

                Sedang aku berwuduk, abangku sekeluarga sampai, melihat keadaan Ma. Melihat keadaan Ma, mereka bercadang untuk rujuk Ma ke hospital dengan segera. Katanya jika biru begini, kemungkinan ada masalah jantung. Ambulance dipanggil. Aku solat sekadar dua rakaat, telepon berbunyi berkali2. Aku memang tak khusyuk solat. Aku berhenti solat. Melihat panggilan dari kakak ku. Bertanya keadaan Ma. Aku masuk ke bilik Ma berbaring, Ma sekadar bersetuju ke hospital. Ma sempat suruh aku menyimpan barangan pentingnya, memilih pakaian yang sesuai jika dimasukkan ke wad. Aku sekadar menurut. Selepas selesai semua, ambulance sampai. Ma dihantar ke Hospital Besar Kota Bharu (Hospital Raja Perempuan Zainab II). Setelah semua siap disimpan, aku menyambung hajat untuk solat Asar.
sumber dari Google



                Ambulance tiba, Ma dibawa ke hospital bersama keluargaku yang lain. Hajat aku untuk menyusul kemudian kerana keadaan rumah agak kelam kabut. Setelah solat Asar, aku segera mandi dan sambung mengemas rumah. Aku turut mengemas barang – barang peribadiku. Hatiku berat mengatakan Ma akan dimasukkan ke wad. Aku ke dapur, kucing – kucing liar di luar rumah kelihatan lapar.Bekas makanannya masih bersih. Oh, rupanya, mereka belum makan lagi. Biasanya Ma atau Abah yang bagi makan pada kucing – kucing yang berkeliaran di luar rumah. Biasanya Ma yang ambil berat. Kasihan katanya. Aku ambil nasi dan ayam dalam dalam bungkusanku untuk mereka. Bersungguh – sungguh mereka makan. Mula – mula aku ingin bawa ke hospital untuk makan, tapi bila difikirkan balik. Pasti aku tak selera makan di sana, lagi pun lama – lama nanti basi. Lagi pun dah hampir maghrib. Aku ambil keputusan untuk makan sahaja. Tapi hanya dua mulut sahaja yang boleh aku telan. Aku masih risau memikirkan Ma. Azan berkumandang. Aku ambil bungkusan nasi aku, aku bagi pada kucing – kucing liar, dengan harapan mereka dengan sedikit kebaikan, Allah akan mengembalikan kesihatan Ma semula. Aku juga berharap kucing – kucing ini dapat mendoakan kesihatan Ma. Mungkin bunyi macam gila, tapi setahu aku, setiap makhluk di muka bumi ini sentiasa berzikir pada Allah termasuk batu – batu. Jadi tidak salah aku berharap. Kemudian selepas bersolat aku terus memandu ke hospital. Dalam keadaan begini, hset abis kredit. Singgah di 7e untuk beli top up. Dalam hati amat berharap Ma selamat. Tiba - tiba aku rasa diri aku kosong... cont.