Saturday 12 December 2015

Bacalah Al-Quran

Dulu aku sering memandang agak pelik jika melihat orang yang mengisi masa lapangnya dengan membaca Al-Quran. Orang yang selalu berzikir. Aku merasakan mereka terlalu alim dan tak sesuai berkawan denganku.

Sudah agak lama aku tidak menyentuh Al-Quran setiap hari, sejak tamat persekolahan, aku sibuk dengan tugasan di universiti, kemudian apabila bekerja sibuk dengan pekerjaan. Biasanya jika ada kesempatan aku baca Al-Quran bila malam Jumaat. Itupun Surah Yasin. Itu pun jarang. Biasa balik pun dah hampir malam. Penat dan stress belum hilang. Anehnya pada waktu sengkang aku sempat cek email, fb, msg dll. Aku masih  mengatakan aku sibuk. Sejak timbul aplikasi sosial, aku sibuk dengan Whatapps.

Sehinggalah aku brhenti dari kerja lamaku. Aku masih rasa aku punya sedikit waktu lapang. Beberapa peristiwa yang tidak enak menimpa2 aku. Yang paling xbest, pengkhianatan oleh orang yang dipercayai. Yang selama ni semua orang kata dia ni baik sangat, boleh diketagorikan alim. Untuk kali ke-2 kepercayaan aku dikhianati oleh orang yang nampak alim. Dlu housemate sekarang ni dia. Perasaan benci pada mereka yang nampak alim menular kembali.Tolonglah jangan rosakkan imej agama Islam, Lebih baik kau jadi penjahat daripada pengkhianat kerana kesakitan yang diberi oleh pengkhianat lebih dalam lukanya.

Aku berdoa agar Allah memberi aku ketabahan. Alhamdulillah malam tu tetiba aku rasa tenang sangat. Aku sedar ini semua hadir dengan izin Allah. Secara tak sedar, terlintas dihati aku untuk belajar mengaji semula. Alhamdulillah, urusanku dipermudahkan. Ada Ustazah yang sudi mengajar. Lepas semua budak2 selesai, aku pun mengajile. Mula2 agak malu, yelah tua2 mengaji dahlah sebutan takla betul sangat. Oleh sebab nak elak rasa malu dan taknak menyusahkan orang lain yang menunggu turn, aku berusaha mengaji dlu sebelum baca depan ustazah. Budak2 pun sibuk duk nunggu nak dengan aku mengaji. Haisshh budak2 ni..hehhee

Untuk baca lancar, aku seboleh- bolehnya akan praktis 3x sehari untuk bacaannya. Aku akan curi masa untuk baca Al-Quran. Kemudian aku dimaklumkan, alangkah baiknya jika baca Surah Yasin setiap pagi sebagai permulaan hari, dan surah Al- Mulk waktu malam dan Surah Al-Kahfi setiap hari jumaat. Kemudian sedekahkan Al-Fatihah setiap hari kepada ibu bapa. Alhamdulillah setakat ni aku berjaya buat. Di kelapangan selepas solat aku ambil masa untuk baca tafsir Al-Quran dlm 2 muka surat je. Dikala aku ditimpa kesusahan hati cepat2 aku ambil Al-Quran dan bacanya. Sungguh, memang benar Al-Quran menenangkan hati.

Mungkin yang aku temui alim ulamak sebelum ini, meraka kurang berilmu, tapi lagaknya lebih. Atau mereka sekadar mengaburi mata masyarakat bagi menutup perbuatan haramnya. Sebenarnya, memang sukar untuk mencari orang yang soleh dan solehah. Pakaian dan perwatakan dikhalayak umum bukan ukuran. Kamu akan mengenal mereka setelah mereka mengkhianati kamu.

Syukur Allah masih memberi aku kesempatan mengenal agamaMu dengan lebih mendalam. Sedikit sebanyak persepsi aku terhadap orang yang suka mengaji berubah, mungkin sesetengah sekadar alim alim kucing, tapi kadang2 ada orang yang betul2 suka mengaji dan sudah jatuh hati pada Al-Quran. Aku akan berusaha jadi seperti mereka, orang yang sahabatnya adalah Al-Quran. Harap Al-Quran menjadi peneman ku di dalam kubur kelak.

Friday 11 December 2015

Botol Pecah

Br sekejap tadi, Ma secara xsengaja terpecah botol kicap. Ma cakap botol licin. Aku harap betullah botol licin. Bukan tangan Ma yang semakin lemah…

Moga kesihatan Ma berkekalan


Mengelap botol pecah adalah perkara biasa bagi ku. Cuma risau jika ada serpihan yang tertinggal. Dah lap dah tadi. Esok pagi kena tgk semula. Bimbang ada yang tertinggal.


Sunday 6 December 2015

TASKA QASEH ANAKKU (EMERSON EIMAN OKANYA)

EMERSON EIMAN OKANYA

Kehadiran Emerson memeriahkan TASKA QASEH ANAKKU. Orangnya tinggi dan agak besar berbanding usianya. Emerson sangat mendengar kata dan sopan. Emerson  pandai bergaul dengan kawan – kawan dan gemar bergurau. Gemar ketawa walaupun pada benda yang kecil. Mengekek ngekek jika ketawa. Emerson merupakan anak sulung keluarganya dan merupakan cucu sulung dalam keluarga besarnya. Mungkin ini menyebabkan dia agak manja. Pada mulanya Emerson suka menjerit, sama ada ketika dia sedang bermain atau jika mahukan sesuatu. Sampai jiran menyangkakan TASKA kami punya ramai kanak – kanak. Kadang – kadang mereka melangsungkan pertandingan jerit – menjerit antara satu sama lain. Kang penat, mereka ketawalah. Takpelah asalkan tak bergaduh. Lagipun kawasan kami ni, kawasan orang bekerja. Jadi meriahlah sikit. Lama kelamaan setelah emerson pandai bercakap, emerson dah tak menjerit terutama ketika mahukan sesuatu, dia akan minta dengan cara yang baik. Good Boy. Di sini selain English (mother tongue) emerson, dialek Terengganu dan Kelantan dikuasai dengan baik. Sbb tu kita diberitahu, budak2 belajar dengan melihat dan mendengar apa yang orang sekeliling buat terutama ibu bapa. Oleh itu, apa yang kita lakukan depan anak2 akan ditiru kelak. So jangan salahkan anak2 jika mereka buat perangai atau bercakap bukan2, cek dlu dri kita bagaimana.
EMERSON DAN DEENY
Kerana tuntutan kerja, Emerson sering dihantar pada hujung minggu, kesempatan itu kami ambil utk bawa meronda – ronda dengan izin Granny emerson. Sangat mudah bawa dia berjalan – jalan, Emerson bukan jenis suka merengek hendakkan sesuatu, makan pun senang. Pada usia 2 tahun, Emerson sudah pandai makan menggunakan sudu dan tidak tumpah. Semua orang di pasar raya suka menegurnya, maklumlah, tuannya asyik senyum je memanjang. Manis pulak tu senyumannya. Kami bawa ke surau, ada yang menanya sebab tengok pada emerson bersopan je tunggu kami solat. Adanya yang menanya ayahnya orang mana, ayahnya kat mana. Kami jawablah ayahnya takde kat sini, terus ada yang bersimpati. Ditanya lagi mana satu ibunya,.. hehehe, kami  jaga saje kak. Tersengih2 kakak tu. Yang emerson senyum je.. Emerson sangat suka potato chip, kalo dia nampak snack tu, terus dipeluknya sambil buat muka kesian. Sapalah boleh menolak renungan matanya. Belilah, makan kt rumah ye. TASKA xboleh benda2 gini, salah dek oii.
                Emerson bergaul baik dengan semua orang, Sahabat baik Emerson, Amin dan Abam, selalu beriringan mereka ni. Walaupun badan Amin kecik berbandingnya, Emerson tetap bergantung harap pada Amin. Seringkali jika dia nak apa2 atau apa2 berlaku, Emerson akan adukan pada Amin. Amin pulak cepat2 memujuk, dan tolong apa yang patut. Lagaknya seperti abang. Kadang – kadang untuk ambil sesuatu yang tinggi, dia xsampai, dimintanya pada Amin. Walhal dia lagi tinggi, Amin pula bersungguh2 nak ambil. Lucu nengok mereka. Abam dah sememangnya abang, memang pandailah bergaul.
                Kerana tuntutan kerja Emerson berpindah ke KL. Kehilangannya amat dirasakan. Semua kanak2 di TASKA duk menyebut2 namanya sehingga sekarang. Sehinggakan barangan emerson pun diingatinya. Emerson mempunyai banyak baru warna jingga@oren, sehinggakan setiap kali Mama Amin membekalkan baju oren, Amin mengatakan itu baju Emerson. Sehingga sekarang, Abam masih ingat yang botol susu Emerson warna hijau. Sering mereka menyebut2 nama Emerson. Harap Emerson sihat dan gembira bersama adik baru.