Saturday 31 October 2015

Sedekah

Sedekah
Aku bersedekah bukan kerana aku kaya
Aku bersedekah bukan kerana aku punya wang yang banyak
Aku bersedekah bukan kerana aku punya lebihan wang
Aku bersedekah bukan kerana hendak menunjuk – nunjuk
Aku bersedekah bukan kerana nama

Aku bersedekah kerana ia suruhan Allah
Aku bersedekah kerana ia Sunnah Rasullah s.w.t
Aku bersedekah kerana setiap rezeki yang diperolehi..
Bukan hak mutlak aku
Aku bersedekah kerana untuk mendapat redha Mu
Aku bersedekah kerana aku ingin mencontohi kekasih Mu
Aku bersedekah agar rezeki yang aku perolehi halal dan suci

Aku bersedekah kerana….
Itulah bekalanku di akhirat kelak

InshaAllah

Friday 16 October 2015

Aktiviti bersama anak - anak di TASKA

....

Pengenalan TASKA QASEH ANAKKU (PERMATA)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

TASKA QASEH ANAKKU (PERMATA) telah beroperasi sejak Nov 2013 di Kubang Kerian, Kelantan. Kami beroperasi di :

Pt 1656, Taman Desa Jaza, Jalan Raja Perempuan, Kg. Padang Demit, 16150 Kubang Kerian, Kelantan

Waktu operasi: 7.00am- 5.00pm (Hari bekerja)


Rumoh lot tepi Taman Seri Jaza, InshaAllah persekitaran selamat, berhampiran dengan padang permainan.



Hasil nukilan gurunya, dan ulat tu di buat oleh anak ini, Ibnu Haziq, berusia setahun setengah ++, Percaya x? If u believe ur kids, they can do more miracles ..


Guru kami telah mengikuti kursus PERMATA NEGARA dan kami menerapkan pembelajaran berdasarkan PERMATA NEGARA sesuai dengan peringkat usia kanak - kanak. Secara ringkasnya pembelajaran kami melibatkan:

1. Sahsiah diri
2. Kreativiti dan Estetika
3. Awal Matematik
4. Bahasa
5. Deria dan persekitaran
6. Fizikal

Alhamdulillah sehingga kini kami berjaya melakukan setiap hari aktiviti ini. Ayuh, kita membentuk generasi yang unggul! Sila hubungi kami untuk berbincang lebih lanjut.

Tel: 018-9075457 (call/sms) 
        015-2616691 (whatapps)


Ust Azhar Idrus Cakap KEDAH (solat)



Sumber dari Youtube

(Lawak) Cara Berpaling Ke Kanan & Ke Kiri Semasa Salam Tahiyyat Akhir - ...



Sumber dari Youtube

Ustaz Azhar Idrus - Berpaling Dada atau kepala Ketika Solat



Sumber dari Youtube

Saturday 10 October 2015

[Geletek] 'Tok Imam Nitik Air Liur!'..Akad Nikah Dulu & Sekarang - Ustaz...


Sumber dari youtube

DOA Tak Tahu Makna, Adakah Diterima ALLAH? - Ustaz Azhar Idrus


Sumber dari youtube

Hukum Tiup Minuman Yang Panas - Ustaz Azhar Idrus


Sumber dari youtube

Susu SOYA Tak Baik Untuk Kesihatan? - Ustaz Azhar Idrus


Sumber dari youtube

Adakah 'Alexander The Great' Itu Iskandar Zulqarnain? - Ustaz Azhar Idrus


Sumber dari youtube

Tips melembutkan kulit pada tangan

Anda ada masalah kulit jari yang kasar? Sesetengah orang fikir jika kulit pada tangan kasar, maka rajin ke dapurle, jika lembut maknanya pemalas. Sepanjang aku memerhati orang sekeliling, fakta ini xbenar. Kadang - kadang ada yang memang dilahirkan mempunyai kulit yang kasar dan ada yang semulajadi lembut tanpa perlu losyen. Jadi jangan terpedaya ye.

Okey, bagi yang mempunyai masalah kulit kasar pada jari mungkin akibat pengelupasan kerana allergic, mungkin ini dapat membantu. Seperti biasa, dengan menggunaka lebihan pencuci muka anda, gosokkan pada bahagian kasar pada jari or kulit anda. Biasanya pada kulit tangan. InshaAllah akan berkurangan kulit kasar tersebut. Prosesnya mengambil masa yang lama tapi bagi aku berbaloi,  Tapi pada kulit kaki aku tak try lagi. Mungkin korang boleh cuba. Selama mencuba tips yang mudah dan menjimatkan. Bye!

Friday 9 October 2015

Tips mengurangkan bau di bawah lengan

Tips menghilangkan bau kurang menyenangkan di bawah lengan dengan cara sangat mudah dan menjimatkan. Gunakan pencuci muka. Lebihan pencuci muka selepas anada cuci muka, gunakan untuk membersih bawah lengan. InshaAllah, bau tersebut akan berkurangan.Lakukan sekerap mana anda mencuci muka. Disyorkan guna pencuci Nutox. Selamat mencuba!! 

Thursday 8 October 2015

Awan Pertama selepas Jerebu 2015

Tarikh : 08 okt 2015
Jam: 1.10 pm
Tempat: Taman Jaza, Demit, Kelantan

Alhamdulillah,awan pertamaselepas jerebu
Alhamdulillah, jerebu mula reda. Selepas hujan lebat selama lebih kurang 2 jam. Keadaan alam semakin baik. Awan pertama muncul menunjukkan diri. Sebelum ni aku xkisah sangat tentang awan2 ni, tapi selepas menghadapi beberapa kesukaran baru aku menghargainya. 

Itulah orang cakap, selagi sesuatu benda itu ada, walaupun kita peroleh banyak kebaikan, kita jarang menghargai, tapi setelah ia pergi, baru kita mencari. 

Syukur Allah masih sayangkan kita..

Sunday 4 October 2015

Jerebu Malaysia 2015

Tarikh:  Oct 2015
Jam: 8.40 am
Tempat: Jalan Kemumin, Kota Bharu Kelantan, Malaysia

Jerebu sudah semakin teruk. Rasa xpernah Kelantan dilanda jerebu seteruk ni. Akibat pembakaran terbuka pihak syarikat di Indonesia.

Matahari pun nampak macam bulan sahaja
Jika keadaan ini berterusan, sukar untuk memastikan usia dunia. Semakin singkat. Bumi pun sudah tidak mampu bertahan. Bagi yang sedang leka dibuai keasyikan dunia, ambillah ini sebagai isyarat untuk kembali ke jalan yang benar. Tengok macam ni pun aku semakin gerun. Bagaimanalah di hari pembalasan.

Dunia telah lama memberi isyarat tentang hadirnya kiamat. Cuma kita pura2 tidak menyedarinya. Subhanallah. 

Thursday 1 October 2015

Beijing D2

Hari ni kami daftar untuk conference, sesiapa yang bayar untuk hadiri workshop, dah start hari ni, kami start esok.. Dapat beg, comelle. Kami pun bersedia untuk mulakan pengembaraan mengenal bumi Allah. Moga dipermudahkan. Amin.


Destinasi 1: Fresh Water Pearl Centre

Pagi2 kami dibawa melawat tempat penghasilan mutiara. Mereka biakkan tiram untuk hasilkan mutiara. Usia yang diambil untuk hasilkan mutiara 1- 6 tahun. Letak pasir je, jadi mutiara.. Paling baik tak salah aku dalam jangka masa 5 tahun. Biasanya berpuluh2 biji mutiara ada. Bergantung pd bilangan pasir. Biasalah tiram ternak..
inile tiram yang telah dibuka, yang kecik2 bulat tu mutiaralah.. Subhanallah..menakjubkan bukan..


inilah hasil yang dah siap di gubah.. dlm rm640.. Amacm minat x? Jaga2 menitik dh air mulut tu hehhehe
Aku amik le satu, rantai lengan. Buat ubat, orang cakaple. Sampai sekarang aku xpakai2. Memang betul2 buat ubatle



Destinasi 2: Summer Palace
Destinasi seterusnya ialah Summer Palace. Biasanya permaisuri China yang habiskan masa di sini. Kawasan ni ambil masa 5 jam untuk mengelilinginya, tu pun jika berlari2 anak. Kalau berjalan cam aku ni, kejap jalan kejap brgambar, entah bila la sampai huhu. Untuk tak menyusahkan guider kami. Kami lepak2 kejap. InshaAllah, jika ada rezeki ingin sekali aku mengelilingi tasik ni. Nyaman suasana sini..Demi mengindahkan palace ni, batu2 karang mereka ambil dari laut. Ntah macam mana mereka angkat dlu2. Smua ni arahan pihak istana.. 

perahu yang disediakan untuk pelancong, berapa ntah bayarannya lupalah..kalo ingat pun, pasti dah lama berubah..



Ambik kesempatan try baju depa.. nak gak rasa jadi puteri  kekeke.. kalau bukan di Negara sendiri..
Baju ni, yang membezakan hiasan di kepala, jika warna merah dan bunga besar adalah untuk permaisuri, bunga berwarna merah jambu untuk puteri.. Permaisuri Dr. Nabilah Awang.. Sapa lawan kita pancung hehehe  

Destinasi 3: Lunch
Makan tengahari.. Tekak aku dah terbiasa dengan teh jasmine. Dah jadi bergelas2 dan minum. Teh Jasmine ni ibarat air masak kita. Jadi ketagih dah.. hahaha.

Untuk panduan ramai jika ke china, x susah sgt nk cari restoran halal. Restoran halal biasanya papan tanda berwarna hijau. Semua restoran akan sediakan arak, katanya mereka terpaksa jual arak kerana jika ada arak baru penduduk di situ masuk. So kalau korang rasa was – was juga, bawa bekallah.

sup telur, tengoklah minyak dia.. duk sini badan aku naik 2kg.. makan heavy tapi exercise xdak
Rata - rata penduduk beijing mempunyai badan yang kurus walaupun makan macam ni, kerana mereka memilih untuk berjalan dan berbasikal untuk pergi ke sesuatu tempat..  Lagi pun kos hidup di sini sangat tinggi berbanding pendapatan mereka. Pendapatan mereka sekitar ratusan ringgit sahaja. Hartanah mahal. Kebanyakan mereka lebih rela tinggal dipedalaman, dan mengambil train untuk ke tempat kerja. Tak salah aku, ada yang mengambil masa sehingga 3 jam perjalanan sehala.
Kehidupan di sini, yang kaya akan bertambah kaya, dan yang miskin akan bertambah miskin. Kegiatan rasuah memang sukar dibendung. Pekerjaan di sektor kerajaan amat sukar diperolehi akibat dari kegiatan ini. Tapi mereka gigih berusaha demi sesuap nasi dan sangat pentingkan kesihatan. Aku pun perlu contohi sikap mereka. Yelah dengan keadaan aku sekarang ni..

Jika mereka yang seagama hidup susah begini, hak mereka dipertikaikan. Bagaimana Muslim di sana? Itu yang dalam paper, banyak benda2 mengarut yang tentang tak bagi puasalah di Beijing.. Moga Allah beri kekuatan pada masyarakat Muslim di tanah besar ini. Moga kesabaran mereka terbalas dengan rahmat Allah. InshaAllah..


Destinasi 4: Silk Store

Sini tempat pembuatan barangan dari sutera..  first time tengok ulat sutera.. susah jugak nak buat ni. Kesian pulak tengok ulat2 ni diseksa gitu. Tapi dah permintaan manusia.
Sutera ni ada bnyak kualiti. Yang peminatnya pasti tahu. Aku ni tngok2 cuci2 mata saja. Sini cadar dlm rm400 gitu.. oklah kut. Aku xreti mana. hehehe

Dari ulat jadi kepompong.lalalalala, iinile ulat sutera.. nampak sedap je hehehhe

Dari seketul tadi hah, mereka tarik3 je, jadi sehelai.. Subhanallah, hebatkan ciptaan Allah

Dengan bangganya kami diberi peluang menarik2 benang sutera tu, lembutnya, patutlah ramai yang suka kain sutera.. 

Hari ni solat jamak sat di masjid berhampiran. Lupalah masjid apa. Jom solat..


bersihkan tempat solat mereka.. rasa cam nak landing

Hari ni balik awal, esok ada conference :). bersedia kawan2 hehehe. InshaAllah