Saturday, 7 November 2015

Terima kasih Allah (II - Kecemasan)

27 Oktober 2015
7.30pm

Aku dalam perjalanan ke HRPZ II, selain berharap keadaan bertambah baik, fikiran aku kosong. Cuba meraih ketenangan. Sampai di hospital, nasib aku agak baik, parking betul – betul di hadapan bahagian kecemasan. Alhamdulillah, kejadian ragut baru sahaja terjadi ketika aku sampai. Jika aku terawal, kemungkinan aku menjadi mangsanya. Barang2 semua aku tinggal dalam kereta. Aku menuju ke bahagian kecemasan.

Setelah mundar – mandir mencari di mana keluarga ku berada, aku ternampak Abah. Baru aku tahu Ma ditempatkan di zon kuning iaitu bagi pesakit kritikal tetapi stabil. Aku bergegas mendapatkan Ma. Ma kelihatan agak stabil berbanding tadi. Mulut dah tak biru. Cuma kaki masih sedikit biru. Aku dimaklumkan Ma bernasib baik kerana cepat dibawa ke hospital. Rupanya tekanan darah Ma naik mendadak, 197..  Jika terlambat Ma mungkin akan diserang strok. Syukur Alhamdulillah. Aku ada terbaca tentang serangan awal strok, untuk mengurangkan risiko strok, pada peringkat awal serangan, pesakit perlu bercakap. Mujur Ma tak berhenti bercakap dan berzikir. Memang dari awal tadi aku perhatikan mulut Ma agak senget, tapi aku tidak tahu langsung dan tak menyangka ia menyerang Ma. Kerana selama ni Ma menghidap tekanan darah rendah. Selepas ni, aku berjanji akan lebih berhati2 dan cepat bertindak.

Ma kelihatan tenang begitu juga keluargaku. Ubat dialirkan ke tangan Ma.Ma terbaring dan boleh bercakap dengan lebih baik. Ma juga menyatakan kerungsingan tentang ragut, risau jika aku yang menjadi mangsanya. Ma ma, dalam keadaan begini pun masih risaukan anak2.  Aku masih menunggu keputusan dari pihak perubatan. Ma cakap dia bukan tak mahu datang ke hospital, Cuma tak nak datang malam2. Lagipun xlarat dicucuk2. Sepanjang Ma berada di zon stabil, rasa 2x darah Ma diambil. Mula2 untuk 1ml kemudian 5ml. Untuk culture kut. Harap semua baik. Aku berdiri di sisi Ma. Keluargaku pergi menunaikan solat. Berborak2 dengan. Alhamdulillah Ma tenang dan mengingati semua yang berlaku.

Ma kemudian di tolak ke tempat x-ray untuk x-ray dada. Proses  X-raynya kejap, Cuma nak menunggu attendan menolak Ma ke zon kuning agak lama. Ditambah pula bunyi bingit pada tabung oksigen Ma. Aku pun heran juga kenapa berbunyi. Kemudian kami masuk semula ke zon kuning. Alhamdulillah, semua staff di bahagian kecemasan bersopan dan bersemangat bekerja. Walaupun ramai pesakit mereka tidak mengeluh apatah lagi masam muka. Sedih  juga melihat kebanyakan yang masuk ke wad kecemasan ketika itu muda2 belaka. Ada yang masih bayi lagi. Kasihan mereka. Moga mereka cepat sihat.

10.30pm


Hari dah lewat. Keluargaku berangkat untuk pulang. Maklumlah mereka bekerja dan bersekolah. Abah pun terlalu tua untuk berjaga malam. Lagipun mereka datang sehelai sepinggang. Setelah lama menunggu, aku diminta ke bahagian hasil untuk daftar wad bagi Ma. Pegawai perubatan yang bertugas dengan murah hati menerangkan jalan ke sana. Segala berjalan lancar. Ma kemudian ditempatkan di Wad Puteri katil 18. Kami meninggalkan zon kuning. Attendan menolak Ma ke wad Puteri,  rupanya bunyi bingit dari bekas oksigen terhasil kerana tidak diketatkan betul2. Sungguh baik layanan mereka walaupun kami bukannya dari kalangan VIP. Di sini ingin sekali aku menulis setiap nama yang terlibat pada malam tu sebagai penghargaan, tapi aku pun tidak begitu bagi perhatian pada nama mereka. Cuma aku doakan mereka dirahmati Allah. Hanya Allah dapat membalas jasa mereka. Jika diberi peluang harap aku dapat membalas jasa mereka. Terima kasih kerana melayan Ma dengan baik.

No comments:

Post a Comment