27 Oktober 2015
11.00pm
Pada mulanya, Ma ditolak ke
sebuah katil dalam ward puteri bahagian bilik tertutup. Agak sejuk di dalamnya.
Kemudian setelah dialih ke katil, Ma kemudian ditolak kebahagian terbuka. Suasana
lapang sedikit. 6 orang pesakit. 1 katil, 1 kipas syiling. Ada aircond lagi. Agak
selesa. Tapi katil yang Ma dapat agak usang, senget sedikit di bahagian kaki. Lagipun
memang agak susah untuk tolak. Kasihan nurse2. Hmmm.. sedih melihatnya. Kalaulah
cukai yang diperolehi disalurkan lebih ke fasiliti hospitalkan bagus. Semua
dapat manfaat. Ma ditempatkan di tengah2 antara dua katil. Sebelah kanan
pesakit usianya lebih kurang sebaya dengan Ma, dan sebelah kiri agak muda
orangnya. Mereka dah tidur. Makanan yang dibeli keluargaku ada dibawa tapi aku
takde selera. Perut memang berkeroncong tapi seleranya tiada. Melihat keadaan
Ma lemah. Ma dinasihatkan tidak turun katil. Beg air kencing disediakan kerana
katanya hendak meyukat kandungan air kencing pesakit.
Setelah semua
selesai, aku ingin turun untuk mengambil barang2 beserta telekung. Juga aku
sebenarnya dahaga sangat air kosong. Nak sangat minum air kosong. Memang habit
aku sebelum tidur akan minum air kosong segelas, mengikut kajian ada yang kata
xbagus, ada yang kata bagus. Ntahlah. Inilah pengalaman pertama bermalam di
wad. Aku memang tidak tahu selok belok proses di wad. Kata Abah aku kena minta
kad pelawat dengan security guard. Tapi bila aku tanya pada security guard,
katanya perlu minta pada nurse yang bertugas. Mungkin juga sistem dulu tidak
sama dengan sekarang. Aku lalu bertanya pada nurse, rupanya Pegawai Perubatan
yang bertugas akan mengeluarkan kad pelawat. Itupun setelah pesakit diperiksa.
Aku pun bertanya arah kiblat dalam ward ni. Nurse dengan senyuman yang tak
lokek menunjukkan arah. Oh, hospital ini ada menyediakan sudut solat di dalam
ward. Siap berkarpet dan telekung disediakan.
Alhamdulillah.
Setelah solat, aku kembali ke katil Ma. Seorang
pegawai perubatan sedang meneliti rekod2 Ma. Cara dia bertanya kepada Ma dan
aku sangat lemah lembut dan bersopan. Aku nak ajuk pun xreti. Sedikit sebanyak
aku kagum dengan sikap mereka. Pengalaman aku biasanya untuk memastikan sesuatu
organisasi itu baik, ketuanya perlu bersikap lebih baik.
Berbeza dengan
sebuah hospital kerajaan (nama dirahsiakan) yang pernah aku pergi, sesama staff
pun mereka bersikap biadap terutama jika berhubung dengan staff yang berpangkat
rendah. Bukan setakat staff mereka, kat kantin mereka pun begitu. Kalau setakat
staff biasa nak membeli, mereka layan tidak layan. Muka masam macam pekasam.
Lauk yang dibubuh pun ciput je. Keadaan ini sering terjadi padaku, suatu hari semasa
aku ingin membeli makanan di kantin, aku terserempak dengan salah seorang pegawai
perubatan dan kami bertegur sapa dihadapan makcik kantin. Kemudian seperti
biasa aku order nasi berlauk, ala2 nasi kak wok gitu. Banyak sungguh lauk, siap
letak sayur lagi. Dan wajah makcik tu dengan senyuman menawan melayan aku. Aku
pun agak heran. Caj yang dikenakan pun harga biasa. Biasanya jika minta sayur
memang kena bayar ekstra. Semasa aku makan, kawanku yang memang sudah lama
bekerja di situ bercerita, yang memang makcik kantin memang gitu. Dengan
pegawai perubatan mereka memang melebih. Selepas kejadian tu, aku baru perasan,
memang jika pegawai perubatan memang mereka letak melebih2. Sekali tu je aku dapat
layanan istimewa. Biasanya ciput je. Hahaha.. Yang kaya semakin kaya, yang
miskin semakin miskin. Chantekk!!!.. Patutlah orang awam selalu komplen sikap
staff di hospital ini biadap.. ish3
Berbalik pada
Ma, selepas keadaan Ma di periksa pegawai tersebut, aku pun nak meminta kad
keluar. Tapi still tak dapat sebab yang bagi kad tersebut ialah pegawai
perubatan. Dan kad itu akan dikeluarkan setelah fail dikemaskini oleh pegawai
tersebut. Aku bukan apa, kang makin malam makin bahaya kat luar tu. Baru je
tadi kejadian ragut. Lagipun tengah2 malam gini, banyakle benda2 tak pijak
lantai berjalan. Kang buatnya terserempak, tak pasal2 aku disorong ke katil
sebelah ibuku. Nauzubillahiminzalik.. Aku pun malas nak menunggu, aku pun minum
je air manis yang dibekalkan oleh abangku. Harap tak sakit tekak esok..
No comments:
Post a Comment