27 Oktober 2015
4.47 pm
Aku menerima panggilan dari Abahku
mengatakan Ma (ibuku) sakit. Pada
pandanganku, mungkin sakit biasa – biasa, memandangkan Ma tidak pernah sakit
teruk. Paling teruk pun demam sahaja. Walaupun demikian, aku tetap bergegas
balik ke rumah. Dalam perjalanan aku sempat singgah di gerai untuk membeli
sukun goring memandangkan ibuku sangat menyukainya, pada pandanganku, ibuku
pasti suka apabila dapat makan makanan kegemarannya. Hajat aku tak kesampaian,
sukun tak dijual pada hari tersebut. Jadi aku sekadar beli tapai dan ubi goreng.
Kemudian aku berhenti pula untuk singgah
untuk membeli kelapa jeli, juga makanan kegemaran ibuku. Dengan senang hati aku
meneruskan perjalanan ke rumah.
Apabila
sampai, aku lihat Abahku sedang mengaji Al-Quran, aku terus ke bilik untuk
berjumpa ibuku. Suasana bilik agak gelap, Ma terbaring mengiring di atas katil
sambil menuku perut, Masha Allah, bibir Ma biru. Aku menghampiri Ma. Ini kali
pertama melihat Ma berkeadaan teruk begini. Aku pun tidak tahu seserius mana
penyakit Ma. Apabila Ma nampak aku, Ma
terus cakap nasi bungkus ada di dapur. Mana mungkin aku dapat mengisi perut
dalam keadaan begini. Walaupun dalam keadaan begini teruk, Ma masih memikirkan
tentang anak – anaknya. Ma tak dapat memasak untuk malam memandangkan Ma sakit
sejak dari selepas solat Dzuhur.
Aku tanya Ma,
dan ingin bawa ke klinik. Ma kata ini sekadar angin sahaja. Dah kurang dah. Dah
makan ubat angina, Abah aku dah pegi beli tadi. Takda apa ni. Aku lihat mulut
Ma senget sikit. Ma aku bercakap sambil putus2. Aku terus menuku Ma di
belakang. Kemudian menuku lagi di perut. Ma mengerang makin kuat. Tak sanggup
aku nak menuku lagi, aku beralih ke bahagian belakang semula. Ma mengeluh, aku
buntu. Ma menyebut2 nama Allah berulang kali. Merayu dan merintih pada Allah.
Pilu aku mendengarnya. Aku sekadar buat ikut arahan Ma. Kaki Ma dah biru. Lama – lama Ma kata, dia
dah ok. Menyuruh aku solat dahulu. Dan Ma akan menyusul. Lagi pun dah jam 6
lebih. Aku sekadar menurut. Hati aku tak keruan. Cuma berharap keadaan Ma
bertambah baik. Ma kata akan ke hospital esok. Sekarang dah lewat. Aku cuba
menyedapkan hati. Ma kuat. Ma tak akan sakit. Kata ku.
Sedang
aku berwuduk, abangku sekeluarga sampai, melihat keadaan Ma. Melihat keadaan
Ma, mereka bercadang untuk rujuk Ma ke hospital dengan segera. Katanya jika
biru begini, kemungkinan ada masalah jantung. Ambulance dipanggil. Aku solat
sekadar dua rakaat, telepon berbunyi berkali2. Aku memang tak khusyuk solat.
Aku berhenti solat. Melihat panggilan dari kakak ku. Bertanya keadaan Ma. Aku
masuk ke bilik Ma berbaring, Ma sekadar bersetuju ke hospital. Ma sempat suruh
aku menyimpan barangan pentingnya, memilih pakaian yang sesuai jika dimasukkan
ke wad. Aku sekadar menurut. Selepas selesai semua, ambulance sampai. Ma dihantar
ke Hospital Besar Kota Bharu (Hospital Raja Perempuan Zainab II). Setelah semua
siap disimpan, aku menyambung hajat untuk solat Asar.
![]() |
| sumber dari Google |
Ambulance
tiba, Ma dibawa ke hospital bersama keluargaku yang lain. Hajat aku untuk
menyusul kemudian kerana keadaan rumah agak kelam kabut. Setelah solat Asar,
aku segera mandi dan sambung mengemas rumah. Aku turut mengemas barang – barang
peribadiku. Hatiku berat mengatakan Ma akan dimasukkan ke wad. Aku ke dapur,
kucing – kucing liar di luar rumah kelihatan lapar.Bekas makanannya masih
bersih. Oh, rupanya, mereka belum makan lagi. Biasanya Ma atau Abah yang bagi
makan pada kucing – kucing yang berkeliaran di luar rumah. Biasanya Ma yang
ambil berat. Kasihan katanya. Aku ambil nasi dan ayam dalam dalam bungkusanku
untuk mereka. Bersungguh – sungguh mereka makan. Mula – mula aku ingin bawa ke
hospital untuk makan, tapi bila difikirkan balik. Pasti aku tak selera makan di
sana, lagi pun lama – lama nanti basi. Lagi pun dah hampir maghrib. Aku ambil
keputusan untuk makan sahaja. Tapi hanya dua mulut sahaja yang boleh aku telan.
Aku masih risau memikirkan Ma. Azan berkumandang. Aku ambil bungkusan nasi aku,
aku bagi pada kucing – kucing liar, dengan harapan mereka dengan sedikit
kebaikan, Allah akan mengembalikan kesihatan Ma semula. Aku juga berharap
kucing – kucing ini dapat mendoakan kesihatan Ma. Mungkin bunyi macam gila,
tapi setahu aku, setiap makhluk di muka bumi ini sentiasa berzikir pada Allah
termasuk batu – batu. Jadi tidak salah aku berharap. Kemudian selepas bersolat aku terus memandu ke hospital. Dalam keadaan begini, hset abis kredit. Singgah di 7e untuk beli top up. Dalam hati amat berharap Ma selamat. Tiba - tiba aku rasa diri aku kosong... cont.

No comments:
Post a Comment