28 Oktober 2015 (Rabu)
1.30am
Dalam jam 1.30am peg. mai cek lagi. Dalam jam
3.00am pesakit baru masuk duk katil sebelah. Suasana agak bising sedikit. Sebab
ada pesakit dipindah masuk dan keluar. Aku terlelap sekejap dikerusi. Kaki agak
kejang bila asyik berjuntai. Dahlah sejuk. Nasib takde nyamuk kerana mereka
memasang alat membunuh nyamuk. Tak lama selepas tu, kad menunggu diberi,
sekadar diletak di atas katil tempat Ma terbaring. Mungkin nurse tak nak ganggu
aku tidur agaknya. Aku pun tengah mamai2 masa tu. Dalam jam 5.00am aku tersedar
dan urus keperluan diri. 5.30am peg tersebut cek lagi keadaan Ma. Agak2nya tak
tido malam mereka ni. Dalam jam 6.30am aku pergi ke parking ambil barang. Selepas
aku naik baru aku perasan. Parking di situ hanya boleh parking sampai jam
7.00am kerana itu parking staff. Aku pun turun kembali untuk alih kereta.
Kebetulan ketika aku kembali ke hospital, terserempak dengan Abah. Setelah kami parking.
Aku bertukar shift dengan Abah.
Aku terus ke
tempat kerja. Sampai awal hari ni. Hehhe.. Setelah selesaikan kerja2 yang
patut. Barulah aku mandi. Aku dapat msg
dari group whatapps keluarga mengatakan Ma menghidap darah tinggi, paru2 berair
dan jantung berlubang kecil tapi masih boleh dirawat dengan ubat2an. Katanya
dah 2 tahun terjadi lubang tersebut. Terkejut aku, patutlah Ma selalu sakit
pada dada, bila pegi hospital peg.perubatan kata bengkak sikit je. Rupa2nya
berlubang. Ada lelah sedikit. Kasihan Ma.. hmmm
Sepanjang
perjalanan pulang aku terfikir2, inilah dugaan maha dahsyat yang aku pernah
terima. Selama ni aku sekadar mempunyai masalah mendapat pekerjaan tetap dan
sukar mencari teman hidup. Tapi yang memang dahsyat. Aku berdoa, andai ini
pilihanku, aku rela bersusah payah mencari sesuap nasi daripada kesihatan ibuku
diambil. Aku pulang ke rumah sekejap untuk bersihkan badan dan mengambil
pakaian baru dan tidak lupa baju sejuk. Baru kurang sejuk skit duk hospital.
Lebih kurang jam 8.00pm aku sampai. Bertukar shift dengan abangku. Aku terus ke
katil Ma. Ma nampak kepenatan. Ma kata penat bercakap kerana ramai sanak saudara
berkunjung tadi. Owh ini pegawai perubatan yang bertukar shift pagi tadi,
sampai malam ke dia bertugas? Larat ye dia? Fikir ku. Keadaan malam ni agak
sunyi.
Jam menunjukkan
lebih kurang 10.00 malam. Tapi aku lihat keadaan Ma semakin teruk. Ma
mengatakan belakangnya sangat sakit. Di minta dipicit, diurut dan ditumbuk
belakangnya. Ma bukan jenis suka diurut kerana katanya jika urut Ma akan rasa
sakit. Aku semakin risau.Ma tak nak pakai topeng oksigen katanya rimas. Semasa
kadar O2 dicek, sangat rendah dalam 80. Sepatut bagi orang normal 95
ke atas. Peg.perubatan datang pada Ma berbual dengan Ma, katanya kena pakai,
lalu dia mengambil alat cek O2 dipakaikan pada jarinya, sekadar
menunjuk contoh sambil tersenyum. Kemudian nurse menukar kepada tiub yang kecil
terus ke hidung seperti yang diminta oleh Ma. Ma meminta ubat tahan sakit dari
nurse. Selepas itu, baru Ma dapat tidur. Aku pun agak selesa kerana ada baju
sejuk. Kebanyakan ward ni penunggunya ramai lelaki. Aku perasan Peg tersebut
cek Ma dalam jam 3.00am. Malam ni aku tidur agak lena, mungkin dah terbiasa.
No comments:
Post a Comment