Sunday, 6 December 2015

TASKA QASEH ANAKKU (EMERSON EIMAN OKANYA)

EMERSON EIMAN OKANYA

Kehadiran Emerson memeriahkan TASKA QASEH ANAKKU. Orangnya tinggi dan agak besar berbanding usianya. Emerson sangat mendengar kata dan sopan. Emerson  pandai bergaul dengan kawan – kawan dan gemar bergurau. Gemar ketawa walaupun pada benda yang kecil. Mengekek ngekek jika ketawa. Emerson merupakan anak sulung keluarganya dan merupakan cucu sulung dalam keluarga besarnya. Mungkin ini menyebabkan dia agak manja. Pada mulanya Emerson suka menjerit, sama ada ketika dia sedang bermain atau jika mahukan sesuatu. Sampai jiran menyangkakan TASKA kami punya ramai kanak – kanak. Kadang – kadang mereka melangsungkan pertandingan jerit – menjerit antara satu sama lain. Kang penat, mereka ketawalah. Takpelah asalkan tak bergaduh. Lagipun kawasan kami ni, kawasan orang bekerja. Jadi meriahlah sikit. Lama kelamaan setelah emerson pandai bercakap, emerson dah tak menjerit terutama ketika mahukan sesuatu, dia akan minta dengan cara yang baik. Good Boy. Di sini selain English (mother tongue) emerson, dialek Terengganu dan Kelantan dikuasai dengan baik. Sbb tu kita diberitahu, budak2 belajar dengan melihat dan mendengar apa yang orang sekeliling buat terutama ibu bapa. Oleh itu, apa yang kita lakukan depan anak2 akan ditiru kelak. So jangan salahkan anak2 jika mereka buat perangai atau bercakap bukan2, cek dlu dri kita bagaimana.
EMERSON DAN DEENY
Kerana tuntutan kerja, Emerson sering dihantar pada hujung minggu, kesempatan itu kami ambil utk bawa meronda – ronda dengan izin Granny emerson. Sangat mudah bawa dia berjalan – jalan, Emerson bukan jenis suka merengek hendakkan sesuatu, makan pun senang. Pada usia 2 tahun, Emerson sudah pandai makan menggunakan sudu dan tidak tumpah. Semua orang di pasar raya suka menegurnya, maklumlah, tuannya asyik senyum je memanjang. Manis pulak tu senyumannya. Kami bawa ke surau, ada yang menanya sebab tengok pada emerson bersopan je tunggu kami solat. Adanya yang menanya ayahnya orang mana, ayahnya kat mana. Kami jawablah ayahnya takde kat sini, terus ada yang bersimpati. Ditanya lagi mana satu ibunya,.. hehehe, kami  jaga saje kak. Tersengih2 kakak tu. Yang emerson senyum je.. Emerson sangat suka potato chip, kalo dia nampak snack tu, terus dipeluknya sambil buat muka kesian. Sapalah boleh menolak renungan matanya. Belilah, makan kt rumah ye. TASKA xboleh benda2 gini, salah dek oii.
                Emerson bergaul baik dengan semua orang, Sahabat baik Emerson, Amin dan Abam, selalu beriringan mereka ni. Walaupun badan Amin kecik berbandingnya, Emerson tetap bergantung harap pada Amin. Seringkali jika dia nak apa2 atau apa2 berlaku, Emerson akan adukan pada Amin. Amin pulak cepat2 memujuk, dan tolong apa yang patut. Lagaknya seperti abang. Kadang – kadang untuk ambil sesuatu yang tinggi, dia xsampai, dimintanya pada Amin. Walhal dia lagi tinggi, Amin pula bersungguh2 nak ambil. Lucu nengok mereka. Abam dah sememangnya abang, memang pandailah bergaul.
                Kerana tuntutan kerja Emerson berpindah ke KL. Kehilangannya amat dirasakan. Semua kanak2 di TASKA duk menyebut2 namanya sehingga sekarang. Sehinggakan barangan emerson pun diingatinya. Emerson mempunyai banyak baru warna jingga@oren, sehinggakan setiap kali Mama Amin membekalkan baju oren, Amin mengatakan itu baju Emerson. Sehingga sekarang, Abam masih ingat yang botol susu Emerson warna hijau. Sering mereka menyebut2 nama Emerson. Harap Emerson sihat dan gembira bersama adik baru.




No comments:

Post a Comment