Thursday, 1 October 2015

Beijing D2

Hari ni kami daftar untuk conference, sesiapa yang bayar untuk hadiri workshop, dah start hari ni, kami start esok.. Dapat beg, comelle. Kami pun bersedia untuk mulakan pengembaraan mengenal bumi Allah. Moga dipermudahkan. Amin.


Destinasi 1: Fresh Water Pearl Centre

Pagi2 kami dibawa melawat tempat penghasilan mutiara. Mereka biakkan tiram untuk hasilkan mutiara. Usia yang diambil untuk hasilkan mutiara 1- 6 tahun. Letak pasir je, jadi mutiara.. Paling baik tak salah aku dalam jangka masa 5 tahun. Biasanya berpuluh2 biji mutiara ada. Bergantung pd bilangan pasir. Biasalah tiram ternak..
inile tiram yang telah dibuka, yang kecik2 bulat tu mutiaralah.. Subhanallah..menakjubkan bukan..


inilah hasil yang dah siap di gubah.. dlm rm640.. Amacm minat x? Jaga2 menitik dh air mulut tu hehhehe
Aku amik le satu, rantai lengan. Buat ubat, orang cakaple. Sampai sekarang aku xpakai2. Memang betul2 buat ubatle



Destinasi 2: Summer Palace
Destinasi seterusnya ialah Summer Palace. Biasanya permaisuri China yang habiskan masa di sini. Kawasan ni ambil masa 5 jam untuk mengelilinginya, tu pun jika berlari2 anak. Kalau berjalan cam aku ni, kejap jalan kejap brgambar, entah bila la sampai huhu. Untuk tak menyusahkan guider kami. Kami lepak2 kejap. InshaAllah, jika ada rezeki ingin sekali aku mengelilingi tasik ni. Nyaman suasana sini..Demi mengindahkan palace ni, batu2 karang mereka ambil dari laut. Ntah macam mana mereka angkat dlu2. Smua ni arahan pihak istana.. 

perahu yang disediakan untuk pelancong, berapa ntah bayarannya lupalah..kalo ingat pun, pasti dah lama berubah..



Ambik kesempatan try baju depa.. nak gak rasa jadi puteri  kekeke.. kalau bukan di Negara sendiri..
Baju ni, yang membezakan hiasan di kepala, jika warna merah dan bunga besar adalah untuk permaisuri, bunga berwarna merah jambu untuk puteri.. Permaisuri Dr. Nabilah Awang.. Sapa lawan kita pancung hehehe  

Destinasi 3: Lunch
Makan tengahari.. Tekak aku dah terbiasa dengan teh jasmine. Dah jadi bergelas2 dan minum. Teh Jasmine ni ibarat air masak kita. Jadi ketagih dah.. hahaha.

Untuk panduan ramai jika ke china, x susah sgt nk cari restoran halal. Restoran halal biasanya papan tanda berwarna hijau. Semua restoran akan sediakan arak, katanya mereka terpaksa jual arak kerana jika ada arak baru penduduk di situ masuk. So kalau korang rasa was – was juga, bawa bekallah.

sup telur, tengoklah minyak dia.. duk sini badan aku naik 2kg.. makan heavy tapi exercise xdak
Rata - rata penduduk beijing mempunyai badan yang kurus walaupun makan macam ni, kerana mereka memilih untuk berjalan dan berbasikal untuk pergi ke sesuatu tempat..  Lagi pun kos hidup di sini sangat tinggi berbanding pendapatan mereka. Pendapatan mereka sekitar ratusan ringgit sahaja. Hartanah mahal. Kebanyakan mereka lebih rela tinggal dipedalaman, dan mengambil train untuk ke tempat kerja. Tak salah aku, ada yang mengambil masa sehingga 3 jam perjalanan sehala.
Kehidupan di sini, yang kaya akan bertambah kaya, dan yang miskin akan bertambah miskin. Kegiatan rasuah memang sukar dibendung. Pekerjaan di sektor kerajaan amat sukar diperolehi akibat dari kegiatan ini. Tapi mereka gigih berusaha demi sesuap nasi dan sangat pentingkan kesihatan. Aku pun perlu contohi sikap mereka. Yelah dengan keadaan aku sekarang ni..

Jika mereka yang seagama hidup susah begini, hak mereka dipertikaikan. Bagaimana Muslim di sana? Itu yang dalam paper, banyak benda2 mengarut yang tentang tak bagi puasalah di Beijing.. Moga Allah beri kekuatan pada masyarakat Muslim di tanah besar ini. Moga kesabaran mereka terbalas dengan rahmat Allah. InshaAllah..


Destinasi 4: Silk Store

Sini tempat pembuatan barangan dari sutera..  first time tengok ulat sutera.. susah jugak nak buat ni. Kesian pulak tengok ulat2 ni diseksa gitu. Tapi dah permintaan manusia.
Sutera ni ada bnyak kualiti. Yang peminatnya pasti tahu. Aku ni tngok2 cuci2 mata saja. Sini cadar dlm rm400 gitu.. oklah kut. Aku xreti mana. hehehe

Dari ulat jadi kepompong.lalalalala, iinile ulat sutera.. nampak sedap je hehehhe

Dari seketul tadi hah, mereka tarik3 je, jadi sehelai.. Subhanallah, hebatkan ciptaan Allah

Dengan bangganya kami diberi peluang menarik2 benang sutera tu, lembutnya, patutlah ramai yang suka kain sutera.. 

Hari ni solat jamak sat di masjid berhampiran. Lupalah masjid apa. Jom solat..


bersihkan tempat solat mereka.. rasa cam nak landing

Hari ni balik awal, esok ada conference :). bersedia kawan2 hehehe. InshaAllah



No comments:

Post a Comment